Saturday, 28 March 2020

Dendam Kesumat 8




#dendamkesumat



Part 8



"Mama serius la!" Puan Cheryl mencebikkan mulutnya apabila Cyrus kelihatan terpinga-pinga dengan kenyataan itu.

"Mama tak menyesal dengan rancangan mama?" Cyrus memandang Puan Cheryl.

Puan Cheryl hanya menggelengkan kepalanya. Cyrus seperti boneka yang bertali menurut sahaja kemahuan ibunya. Dia mula merangka strategi di dalam minda. Milo panas itu dihirupnya sehingga habis.

"Tapi rancangan mama kali ini tak usah beritahu papa. Papa kau tu lembut sangat hati dia. Baik dengan semua orang. Mama pun susah nak faham papa." sambung Puan Cheryl.

Hujan rintik mulai jatuh menyembah bumi. Bunyi hujan jatuh menimpa atap rumah mereka membuatkan Puan Cheryl menjenguk ke luar tingkap. Tangannya lincah menutup tingkap separuh. Baju di ampaian diangkat dan diletakkan di dalam bakul.

Cyrus melihat ibunya. Hatinya berbelah bagi. Hati kecilnya menidakkan apa yang harus dia lakukan.

"Kenapa dengan diri aku?" Cyrus bertanyakan soalan itu pada dirinya sendiri.

**

Ah Kang berasa lemah lutut apabila mendengar perbualan papa dan mamanya. Dia terduduk dan tidak mampu berkata apa-apa. Telefon bimbit di tangan Ah Kang terlepas. Dia menarik balik keputusannya untuk menyambung pelajaran kerana mendengar mereka sekeluarga telah bankrap. Air matanya mengalir. Dia mengusap air matanya dan berdiri. Dia menuju ke arah Wei Ming dan Irene.

"Ma, Pa. Saya dah tahu. Saya kecewa mama dan papa rahsiakan hal ini daripada saya." Ah Kang terus masuk ke dalam biliknya dan menghempas pintu tanda protes.

Wei Ming dan Irene hanya mendiamkan diri. Mereka tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi.

Irene bangun dari tempat duduknya untuk memujuk Ah Kang.

"Ma, bu yong la. (tak perlu)" Wei Ming menghentikan langkah isterinya. Dia ingin memberi masa untuk Ah Kang bertenang. Dia tahu itu salah dia, dan dia gagal menjadi ketua keluarga yang baik untuk kali kedua. Peristiwa 25 tahun yang lepas bermain dalam fikirannya.


25 tahun lepas...
Wei Ming bangun awal pagi hari itu. Matanya tidak dapat pejam lagi. Agaknya sudah cukup rehat. Dia tidur awal semalam setelah menelan ubat batuk. Pagi itu batuknya telah berkurangan.
 
Wei Ming menuruni tangga rumahnya dan menuju ke dapur.
"Eh papa? Papa pergi kerja ke hari ini? Kan kurang sihat tu." Irene menegur suaminya.

Wei Ming menggelengkan kepalanya.
"Papa kena pergi la, kontrak dengan company lain kena sign dulu, belum baca lagi terma dan syarat, nanti karang kena marah dengan ayah mertua awak tu."
Dua keping roti disapu mentega diletakkan di atas pinggan depan Wei Ming. Irene menuangkan air kopi panas ke dalam cawan.

"Ye la, bapa dan anak sama sahaja. Kuat bekerja!" Irene mencebikkan mulutnya.

Wei Ming tahu isterinya kecewa kerana dia tetap bekerja walaupun sakit. Wei Ming memilih untuk mendiamkan diri, kerana dia tidak mahu menambahkan lagi kemarahan isterinya.

8 jam kemudian,
Wei Ming menilik jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Urusan bersama klien telah diselesaikan.
"Kena pujuk Irene ini sebelum balik" kata Wei Ming dalam hatinya.

"Pak, nanti singgah di kedai bunga dulu ya" ujar Wei Ming kepada pemandunya.

"Boleh encik."

Bunga dibalut dengan kemas. Wang diserahkan kepada juruwang di kaunter. Wei Ming menghidu bau harum bunga ros dan tersenyum lebar.

**

Pagar vila telah dibuka. Ayahnya, Encik Tai belum pulang lagi. Wei Ming sampai di depan perkarangan rumah. Pemandunya meminta diri kerana ada kecemasan di rumah, Wei Ming mengizinkan pemandunya untuk menggunakan kenderaan miliknya.

Wei Ming tidak mahu isterinya mengetahui dia ada di rumah, dia menyelinap masuk dan bersembunyi di dalam rumah.

Wei Ming berjalan perlahan, matanya melilau melihat persekitaran rumah. Dia mencari isterinya yang tersayang. Suara yang datang daripada dapur membuat langkahnya terhenti.

Suara isterinya mengarahkan Qasmah untuk mengambil cili padi di halaman rumah.

Dia melihat bayang-bayang isterinya daripada jauh. Dia tergamam melihat isteri menuangkan serbuk dalam kopi yang dibuat oleh Qasmah.

Dia mengekori isterinya lagi. Wei Ming melihatnya ayahnya baru pulang. Encik Tai duduk di atas kerusi. Encik Tai melonggarkan tali leher dan wajahnya kelihatan penat. Qasmah menghidangkan kopi tadi kepada Encik Tai. Qasmah meminta diri untuk mengerjakan tugasan yang lain.

Encik Tai menghirup air kopi dengan perlahan. Dia mengambil surat khabar dan membaca beberapa helaian yang tidak sempat habis dibacanya pagi tadi. Tekanan secara tiba-tiba di kepalanya membuatkan Encik Tai memegang kepalanya. Dia berjalan terhuyung-hayang dan berusaha melangkahkan kakinya untuk berehat di dalam biliknya. Dunia Encik Tai menjadi gelap, dia sudah tidak sedarkan diri.

Wei Ming masih lagi tidak percaya dengan apa yang dia saksikan sebentar tadi. Isteri yang dia cintai melakukan perkara terkutuk seperti itu. Dia masih lagi mengekori Irene ke garaj Vila. Bunga yang dia pegang jatuh ke tanah.

Patutkah dia melaporkan kepada polis mengenai isterinya? Wei Ming berlari sepantas kilat menuju semula ke arah ayahnya. Dia hanya ingin menyelamatkan ayahnya terlebih dahulu.


Masa kini..
Wei Ming memilih untuk mendiamkan diri tentang perkara itu demi masa depan anaknya. Dia tidak mahu Ah Kang kehilangan ibu di usia yang muda. Dia tahu dia berdosa kerana bersubahat, dan dia merasakan tiba masanya adik-beradiknya yang lain tahu perkara itu.

Wei Ming sudah menjangkakan ugutan yang mereka alami akan berlaku. Dia membiarkan kebenaran itu tersingkap dengan sendirinya. Dia sengaja membawa Irene dan Ah Kang balik ke Malaysia dan duduk di villa yang terjadinya peristiwa hitam 25 tahun lalu.


**


Mata Juliana tidak dapat pejam lagi. Jam baru menunjukkan pukul 7 pagi. Hari ini abang dan kakak iparnya tidak bekerja dan mereka semua masih lagi tidur.

Juliana mengambil kunci kereta abangnya yang diletakkan di tepi tv. Dia tahu abangnya pasti tidak membenarkan dia untuk bertemu ayahnya. Juliana sudah tidak dapat menahan rasa rindu setelah lama terpisah.

Kertas dicariknya dan Juliana menulis nota untuk abang dan ibunya.

"Ju keluar sebentar, pinjam kereta ya bang"

Juliana menghentikan kereta di sebuah persimpangan jalan. Dia telah lupa. Lupa pada jalan ke rumah arwah eyangnya. Juliana rasa sebak, dia mengetuk kepalanya.

"Bodoh, bodoh! Kenapa kau boleh lupa rumah eyang kau sendiri Ju?" Esakannya menjadi-jadi. Juliana mengesat air matanya dan dia mula memandu tanpa arah tuju. Beberapa lorong dimasukinya, dia terpandang pokok rambutan yang ada buaian tayar yang dia rasa dia pernah nampak masa kecil dulu.

"Eh, itu pokok rambutan Pak Samad, jiran eyang dulu. Juliana mendekati kawasan perkarangan rumah itu. Akhirnya dia ingat, dan kini dia berada di hadapan rumah itu.

Juliana memarkirkan kereta abangnya dan mematikan enjin. Dia keluar dengan pantas dari kereta dan berlari ke arah rumah pusaka arwah eyangnya.

Langkah Juliana terhenti. Pintu rumah itu berkunci dan tidak ada sesiapa berada di situ. Juliana sekali lagi sebak kerana dia tidak berkesempatan berjumpa ayahnya.


_bersambung_

Adakah Juliana dapat bertemu dengan ayahnya? Apakah reaksi ayahnya nanti?

Bagaimanakah nasib keluarga Irene dan Wei Ming?

Adakah Cyrus melaksanakan rancangan ibunya?