Trigger Warning! Hanya untuk para pembaca yang berfikiran terbuka sahaja.
Thursday, 17 December 2020
A Diabetes Journey of mine II
A Diabetes Journey of mine
Apakah itu diabetes?
Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dan diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.
Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.
Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Dua jenis diabetes
Terdapat dua jenis diabetes utama:
- Jenis 1 – “Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (bergantung pada Insulin)
- Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
- Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
- Jenis 2 – “Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (tidak bergantung pada insulin)
- Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
- Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada di sempadan tahap gula yang tinggi, yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.
Apakah tanda-tanda amaran diabetes?
Penyakit diabetes sering berlaku secara senyap, terutamanya pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:
- Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
- Letih
- Berat badan menurun
- Penglihatan kabur
- Otot lemah
- Gatal
Lain-lain gejala termasuk:
- Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
- Luka yang lambat sembuh
- Kencing yang kerap
- Gatal pada bahagian kemaluan
- Rasa kebas
Keadaan kecemasan:
- Hipoglisemia ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
- Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
- Hiperglisemia adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat diabetes?
Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:
- Mengawal pengambilan makanan
- Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
- Melakukan senaman fizikal
- Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
- Ubatan
- Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
- Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.
Walaupun anda menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan normal dan aktif.
Anda boleh menjaga diri anda sendiri
- Penjagaan secara umum:
- Penjagaan kulit
- Mandi setiap hari
- Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
- Merawat luka dan calar dengan segera
- Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 – 3 hari.
- Penjagaan kaki
- Basuh kaki setiap hari
- Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
- Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
- Potong kuku jari kaki secara lurus
- Tukar stokin anda setiap hari
- Jangan berjalan tanpa kasut di luar rumah
- Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai diguna luar rumah.
- Penjagaan kulit
- Mengawasi diri sendiri
- Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes
- Penjagaan gigi
- Kerap menjalani pemeriksaan mata
- Mengelakkan minuman keras
- Berhenti merokok