Images may be subject to copyright.
Kawan sis ni kerja makmal, jadi dia suggest sis untuk pergi check HbA1c. Sis pun pergi la juga buat. Cuba teka guys result berapa? (8.7% ) - marginal control😭 sikit lagi nak jatuh kepada poor control - (>9.0%)
Jadi awalnya sis berkobar² diet, control makan - tak mudah nak lakukan. 3 bulan kemudian, result cantik sikit (7.1%)
Apa lagi sis jaga betul² pemakanan, siap follow up dengan dietitian (kalau korang buat apa yang dinasihatkan dietitian, korang pasti berjaya)
Berat badan sis turun pada 79 kg dan HbA1c pun cantik 6.7%. Ye la, time ni nak kahwin jadi diet seimbang sebab nak pakai wedding dress lawa kan. So dietitian puas hati sis discharged. Time ni dah masuk tahun 2019.
Bila dah sihat kononnya, sis jadi lalai. Sis makan semua benda mcm takda esok harinya. Tambahlagi Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (CMCO) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (RMCO) musim Wabak COVID-19 pada Mac - Disember 2020, sis jadi tak terurus.
Sis pun check balik glucose level sis pada bulan Oktober 2020. Teka lagi guysss, hummm naik pada 8.3% - marginal control lagi. Sis ada rawatan susulan di Hospital Melaka dengan pakar Endokrin di sana. Sis kena marah sebab tak jaga betul². Kata nak pregnant (1 tahun 10 bulan sis dah kahwin), so Doktor Pakar pun suggest saya makan ubat Metformin XR 500mg 3 biji means sehari dos saya adalah 1.5 + insulin 8 unit pada waktu malam je. 3 jam juga la sis consult dengan doctor, diabetes educator - nurse dan pharmacist di Hospital Melaka sebab sis first-timer insulin user. Untuk pengetahuan pembaca blog sis, untuk pregnant - HbA1c digalakkan mencapai good control 6.5% supaya boleh meminimalkan komplikasi pada bayi dan ibu. Bukan itu sahaja, peratusan peluang "usaha" mendapatkan anak lebih baik bila kandungan gula dalam darah terkawal.
Okay lahh, celoteh sis sampai di sini sahaja dulu, malam karang first time nak cucuk insulin pada diri sendiri. Nanti kita share apa yang kita perlukan untuk prosedur mencucuk insulin.
Stay tuned.
A diabetes journey of mine,
DM fighter.
No comments:
Post a Comment