Part 7
Lorita segera membetulkan posisi dia, mukanya merah padan. Dia mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Cyrus terpinga-pinga dengan apa yang baru sahaja terjadi. Makanan yang dia bungkus tadi terlepas daripada tangannya.
"Nasib baik la makanan aku tak kena lantai, selamat untuk dimakan" Cyrus melepaskan nafas lega kerana dia tidak perlu turun semula untuk membeli makanan. Dia mengutip semula plastik makanannya dan benar-benar berharap agar lift itu cepat dibaiki.
Setiba Cyrus di ruangan pejabat, dia melihat seorang lelaki setengah abad sedang menyapu lantai.
"Abang, abang tak rehat makan ke?" Cyrus melontarkan soalan. Dia melihat tag nama lelaki itu - Fendi.
"Tak dik, tak larat nak turun naik tangga, nanti tak sempat nak buat kerja." Fendi memberi sekilas pandangan ke arah Cyrus.
"Nahh abang. Makanan ni untuk abang, saya tak lapar sangat." Cyrus berbohong tetapi niat dia ingin membantu Fendi.
Fendi mengambil makanan yang dihulurkan. Dia memandang riak muka Cyrus dan dia bersyukur kerana ada insan yang mengambil berat padanya. Dalam diam, hatinya sebak. "Mungkin sebesar ini anakku Johan dan Juliana." Fendi menahan rasa sedih dan menolak troli cleaning miliknya.
**
"Aku patut beli apa ya untuk dia, untuk mengucapkan terima kasih? Makanan kot, tadi nampak makanan dia jatuh, mesti dia kelaparan kat pejabat tu" Mata Lorita tertumpu kepada menu masakan panas itu.
"Acik, nasi goreng ikan masin bungkus satu ya?" Lorita membuat pesanan dan membayar makanan itu.
Joan memandang ke arah Lorita dengan penuh hairan.
"Kau mimpi apa wehhh order makanan lagi, kau lapar sangat ke?"
"Ni bukan untuk aku, tadi aku jatuhkan makanan orang kat tangga, kesian dia lapar, dah la lift rosak." Jelas Lorita dan menepuk bahu Joan.
"Alahaiiii naik tangga lagi, sado la kaki aku ni nanti" Joan mengeluh.
"Takda nya kau sado, baru hari ni naik tangga, wehhh sorry aku naik dulu, aku tak nak lama-lama, nak bagi makanan ni kat orang tu." Joan mengemas pinggan di atas meja dan bangun dari situ.
"Siapa wehhh?"
"Staff kita juga, bye Joan. Bye semua." Lorita cepat-cepat berlalu pergi. Joan boleh tahan menjadi wartawan tak berbayar sekiranya dia melengahkan masa. Dia malu untuk berkongsi lebih lanjut kerana ada staff lain bersama dia dan Joan di situ.
**
Lorita kepenatan naik tangga. Dia terduduk di anak tangga terakhir menuju ke arah pejabat mereka. Seminit dia terduduk di situ dan nafasnya sudah kembali normal, dia menarik pemegang besi dan bangun.
Dia menuju ke arah ke kubikel Cyrus. Dia memandang kiri dan ke kanan. Tiada kelibat seorang pun di sana. "Waktu rehat belum lagi habis, ramai kat bawah lagi ni. Cyrus ni hilang entah ke mana pulak, takkan turun balik?" Lorita bermonolog. Dia mengambil kertas di meja cyrus dan menulis ucapan "Thank you for helping me out!" dan menyelitkan di dalam plastik makanan. Dia meletakkan makanan itu di atas meja dan masuk ke dalam biliknya.
**
Cyrus mencuci tangannya di bilik air. Perutnya bergeriuk kelaparan, dia ingin mencari biskut di pantry untuk mengurangkan rasa laparnya. Cyrus melangkahkan kakinya ke kubikel, dan dia terkejut melihat plastik makanan di atas mejanya.
"Siapa yang bagi aku makanan?" Cyrus membuka plastik dan melihat nota yang ditulis, dan secara automatik matanya tertumpu ke arah bilik Lorita. Bilik Lorita separa kaca, jadi boleh tembus pandang. Lorita kelihatan sibuk melihat skrin telefon bimbitnya.
"Thank you, Angel" Cyrus mengucapkan kata-kata itu secara dia tidak sedar. Hatinya mula berubah, walaupun dia sedar dendam keluarganya perlu dilaksanakan.
**
Juliana terduduk mendengar penjelasan abangnya, Johan. Dia menitiskan air mata. Dia tidak mendapat rasa kasih sayang seorang ayah setelah ayahnya masuk penjara.
"Abang, jom lah kita pergi jenguk ayah. Ju rindu ayah. Ju ingat ayah dah tak ada." air mata Juliana tidak berhenti mengalir.
"Abang tahu Ju. Aku pun rindu ayah, tapi aku tak nak membelakangkan ibu soal ni" Johan memandang sayu adiknya.
"Tak abang, kita jenguk ayah, kita kenal semula ayah kita, nanti tiba masa kita cerita pada ibu." Juliana memujuk Johan.
Tanpa sempat Johan menjawab kata-kata Juliana, ibu mereka bertanya.
"Cerita apa pada ibu?"
"Cerita tentang Ju nak belanja kita sekeluarga makan, Ju minta Johan beli barang basah, nanti Ju masak." Juliana menjawab soalan ibunya. Johan hanya terdiam kerana dia menyangka ibunya mendengar perbualan mereka.
**
Qasmah terhendap-hendap di kawasan blindspot kamera. Pertemuan Qasmah dengan Fendi menjadi semakin sukar setelah majikannya memasang CCTV di kawasan rumah.
"Fendi, sejak bila kau belajar tulisan cina? Semua orang ketakutan lepas kau conteng dinding hari tu." Qasmah memuji Fendi.
"Eh, sejak bila ada tulisan cina? Aku tulis dalam bahasa melayu, sekali tu je la. Tulisan apa tu?" Fendi kehairanan.
"Bukan kau ke? Alamak keluarga Tai ada musuh lain la kalau macam tu." Qasmah membuat spekulasinya sendiri.
"Lepas ini kau tak boleh menyelinap masuk vila ni, Encik Benjamin nak upah orang jaga rumah ni, polis pun selalu meronda, nanti aku keluar cari kau pula, okay?" Qasmah memberitahu situasi semasa kepada Fendi.
"Haa ye la, aku pergi dahulu. Nanti jumpa lagi." kata Fendi. Fendi agak terkejut mendengar ada contengan lain selain apa yang dia lakukan. Fendi tersengih kerana baginya tidak hairan keluarga Tai dibenci.
Hasratnya membalas dendam semakin membara. Dia mahu bermain dengan minda dalang asal pembunuhan encik Tai. Setelah dia yakin siapa yang dia syaki itu menggelabah, baru dia akan muncul semula di depan semua orang.
**
"Sayang, jom lah kita balik, keadaan semakin tegang kat sini. Irene nak balik US." Irene memujuk suaminya.
"Mana ada duit nak balik US? Tu la you pilih sangat duit berbanding aset, kalau I tak dengar cakap you dulu, kita masih kaya lagi sekarang. Ah Kang menjadi mangsa You juga. Dia tidak tahu kita bankrup. You nak cakap apa kat anak You?" Wei Ming mula bersuara.
Wei Ming dan Irene tidak menceritakan hal sebenarnya kepada Ah Kang, mereka hanya memberitahu mereka akan tinggal di Malaysia selama seminggu, namun hakikatnya adalah kekal di Malaysia. Wei Ming sudah menyampaikan hasratnya kepada adiknya Xiao Hua dan Benjamin. Mereka menerima Wei Ming sekeluarga dengan hati yang terbuka.
Irene pula tidak menyangka ugutan seperti itu muncul sekembalinya mereka ke Malaysia, namun Irene merasakan selamat kerana Benjamin telah mengupah jaga di vila itu.
**
Mama Cyrus, Puan Cheryl telah mempunyai rancangan gila untuk dia mendapatkan harta yang sepatutnya menjadi milik keluarga mereka.
"Cyrus, turun kejap. Mama nak cakap sesuatu dengan Cyrus." Suara Puan Cheryl lantang menyeru anaknya keluar dari biliknya di tingkat atas.
Cyrus menggosok matanya yang mengantuk. Waktu cutinya digunakan untuk berehat dan tidur sepuas-puasnya.
"Apa mama?"
"Duduk kat dining table. Breakfast dulu." Puan Cheryl memberi arahan kepada anaknya.
Cyrus terus mengambil tempat duduk. Puan Cheryl menuangkan milo panas di cawan tempat Cyrus duduk. Cyrus mengambil kuih donut dan menelannya. Air panas dihirup perlahan, minda Cyrus menjadi segar.
"Mama nak Cyrus pikat Lorita sampai dia jadi isteri kamu" Puan Cheryl memulakan perbincangan mengenai rancangannya pada Cyrus.
Air yang Cyrus minum membuat Cyrus tersedak.
"Apa?!"
Cyrus meletakkan cawan di bawah. Dia mencari kepastian sama ada mamanya bergurau atau serius dengan perkara itu.
_bersambung_
Apakah rancangan Puan Cheryl berjaya?
Adakah Cyrus berjaya menambat hati Lorita, gadis yang peramah dan baik hati itu?
Mampukah Juliana bertahan untuk tidak menemui ayahnya Fendi setelah lama rindunya kasih seorang ayah?
Adakah Ah Kang tahu rahsia yang papa dan mama dia sembunyikan daripadanya?
Tunggu di episod seterusnya.
Stay tuned.
No comments:
Post a Comment