#dendamkesumat
Part 6
Cyrus merenung skrin komputer. Tetikus di tangannya bergerak dengan pantas dan dia menekan papan kekunci komputer dengan pantas. Kecekapan dia membuat tugasan yang diberi memang tidak boleh dinafikan.
Ketukan pada kubikel membuat dia terhenti seketika. Dia mendongak kepalanya dan dia melihat Lorita memandang dan senyum ke arahnya.
"Cyrus. Iklan bulan Februari dah siap ke? sebab perlu diedarkan ke kedai buku yang lain." tanya Lorita sambil menatap skrin komputer Cyrus.
"Oh yang itu, saya dah serah soft copy pada Joan. Joan kata dia akan process untuk printing dalam minggu ni lepas cik Lorita luluskan" Cyrus menjawab dan menunjukkan hari dalam kalendar di atas mejanya.
"Oh Joan tak serahkan pada saya lagi, tak apa saya akan tanya dia pula"
Lorita mengucapkan terima kasih kepada Cyrus dan beredar dari ruangan itu.
Cyrus kagum melihat keramahan dan cara Lorita mengendali staf di bawah seliaannya. Dia menyumpah setelah dia sedar dia memuji musuhnya di dalam hati.
**
"Cyrus, stay close to our enemy. Mama nak tengok kebinasaan keluarga Tai dari jarak dekat." Puan Cheryl menyilangkan kakinya bila duduk di atas sofa.
"You ni, tak padam lagi ke dendam you." Encik Ken menegur isterinya.
"Pa, macam mana dendam saya nak padam. Mak I tu isteri mendiang Encik Tai, dia dah janji nak umum pada keluarga dia, alih-alih dia mati dibunuh. Entah-entah keluarga dia sendiri bunuh sebab nak bolot harta mendiang Encik Tai, tak nak harta itu dibahagikan kepada kita." Puan Cheryl menjeling mata suaminya.
"Saya berhak juga pada syarikat itu pa, ni anak dia kedua-dua orang perempuan,hak itu sepatutnya jatuh pada saya!" Cyrus menumbuk sofa melepaskan geramnya.
Encik Ken hanya menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu masuk campur dalam urusan membalas dendam ini. Dia tahu kebenaran pasti akan menang juga suatu hari nanti.
**
Hua membaca whatsapp group keluarga mereka. Hua menunjukkan gambar yang dihantar Lorita kepada suaminya. Benjamin mengambil telefon bimbit itu dan menyerahkan pada pihak polis. Ming dan isterinya Irene duduk berhadapan polis yang sedang mengisi butir laporan mereka.
"Pa, Hua risau keselamatan kita sekeluarga pa. Kita cari tempat tinggal lain untuk sementara waktu boleh tak pa?" Xiao Hua meluahkan isi hatinya.
"Ma, pa tahu ma risau, tapi itu la rumah kita. Nanti pa cari jalan untuk keselamatan kita ya, lagipun kita ada tetamu. Ma faham kan?" Benjamin cuba untuk menyedapkan hati isterinya.
Dia tahu apa dia harus lakukan untuk keselamatan keluarga Tai.
Mungkin dengan rondaan pihak polis yang kerap di taman perumahan mereka, penjenayah itu akan takut untuk menghampiri mereka. Itu apa yang Benjamin fikirkan dan langkah yang terbaik buat masa ini.
**
Johan memarkir kereta tidak jauh dari rumah arwah eyangnya. Hari ini dia sengaja mengambil cuti kerana mahu menyiasat perkara ini. Dia berhenti dan dia bercadang untuk bertanya kepada jiran-jiran sebelah untuk memastikan hal yang disyakinya itu adalah benar.
Dia melihat seorang mak cik separuh abad sedang menjemur keropok kering di depan perkarangan rumah kampung itu. Dia segera menuju ke arah situ dan menyapa mak cik itu dan memberi salam.
"Mak cik, kat sebelah rumah mak cik ni ada orang huni ke?" Johan berdiri tercegat di hadapan.
"Anak cari Fendi ke? Fendi yang duduk rumah itu. Anak ini siapa?" Mak cik itu mengamati wajah Johan.
"Ohh, saya salah rumah. Ingatkan nak cari rumah kawan tadi. Terima kasih mak cik." ujar Johan lalu pergi dari situ. Dia menitiskan air mata lelakinya.
Setiba di rumah, Johan terus ke sinki dapur dan membasahkan mukanya. Matanya merah kerana menangis.
"Abang, Ju rasa tak sedap hati la akhir-akhir ni" Ju terus bersuara di sebelah abangnya.
"Ish kau ni, bila balik? Terkejut abang. Dah la tak bagi salam." Johan terkejut adiknya muncul secara tiba-tiba di sebelahnya.
"Baru je sampai bang, naik grab dari stesen bas. Tak jauh mana pun." Juliana tersengih melihat abangnya.
Johan memeluk adiknya dengan erat.
"Abang jumpa ayah"
Ayat itu secara spontan keluar daripada mulut Johan. Juliana kaget dan tergamam.
**
Lorita menuju ke arah lif selepas selesai meeting bersama beberapa syarikat yang ingin bekerjasama dengan Paradise. Dia melihat jam tangannya dan sudah lewat untuk makan tengah hari. Dia mengambil telefon bimbit dan memanggil Joan dalam talian.
Lorita: Hello, kau kat mana?
Joan: Dah kat kedai makan la.
Lorita: Kenapa tak tunggu aku?
Joan: Laa, ingatkan kau makan dengan wakil syarikat lain tu. Aku dah pergi dulu bersama rakan sekerjanya yang lain.
Lorita: Tak, diaorang nak balik terus tadi. Takpa la, kau tunggu aku kat sana, nanti aku datang.
Talian terus dimatikan.
Papanya sudah balik awal sebab perlu menemani mamanya di rumah. Mamanya masih lagi trauma dengan kejadian yang lepas.
Langkahnya mati dan dia mengetap bibirnya apabila lif itu out of service dan tidak boleh digunakan.
Dia membuka pintu yang digunakan untuk menuruni tangga. Dia mengambil langkah yang besar dan tanpa mampu dia mengawal keseimbangan badannya, dia merasakan dia akan jatuh.
Lorita memejamkan matanya dan sudah membayangkan kesakitan jatuh terhempas di lantai. Dia membayangkan dia akan berguling-guling di anak tangga seperti cerita sinetron dan bollywood.
Jangkaan dia meleset apabila ada tangan yang menahan Lorita daripada jatuh. Lorita membuka matanya dan dia terkejut.
"Haaaa, kamu?" Muka Lorita merah padan menahan malu. Dia memejamkan matanya semula.
_bersambung_
No comments:
Post a Comment