Monday, 13 January 2020

Aku Ingin Kembali Part 10

Kapal Terbang AirAsia AK5012 itu mendarat selamat di Lapangan Terbang Tanah Malaya. Jessica menoleh ke arah kanannya. David kelihatan tidur lena.

"Kesian suamiku. Hari pertama bergelar suami dah runsing dengan situasi gawat seperti itu." Jessica bermonolog.

Jessica ingat lagi janji dia kepada ibu David bahawa dia akan menjaga sebaik mungkin anak lelakinya itu. Dia amat menyayangi David kerana David mempunyai sifat kebapaan dan family man. Dia juga tidak merokok dan bukan peminum yang tegar. Dia kagum kerana David dapat menawan hati keluarga Jessica dalam masa yang singkat.

David sedar setelah badannya digoncang halus oleh isterinya Jessica.
"Sayang, kita dah sampai." Jessica mengukir senyuman melihat David bangun dari tidur.
 Mereka terus keluar dari perut pesawat dan bergerak menuju ke balai ketibaan lapangan terbang.


**


Jessica kembali ke rumahnya di Indera Kota. Dia masih lagi belum habis mengemas barangnya di rumah lama. Jessica memandang setiap sudut rumah kerana dia bakal meninggalkan rumah itu bagi memulakan hidup baru di rumah baru sebagai seorang isteri.

Esok dia akan kerja semula setelah seminggu bercuti. Kotak-kotak yang berisi barang Jessica disusun rapi di depan pintu rumah.



**


Usai thumbprint pagi itu, Jessica beria-ia untuk menjelaskan situasinya kepada Mia. Dia memasuki ruangan Mia dan menyapanya.

"Hai Mia, aku dah balik. Aku ada banyak cerita nak kongsi kat kau" Jessica melabuhkan punggungnya di satu kerusi kosong.

"humm aku sibuk" jawab Mia pendek.

Mia tidak menoleh ke arah Jessica seperti kebiasaannya. Mia menyibukkan diri dengan telefon bimbit.

"Sibuk apa pepagi ni? Selalunya kau excited kalau lepas aku balik kampung." tanya Jessica kehairanan.

Mia tidak menjawab soalan Jessica. Jessica mula tidak sedap hati untuk kekal di ruangan itu dan dia meminta diri.


Setelah selesai urusan dengan klien, Jessica memeriksa whatsapp. Dia terkejut melihat story Mia mengutuk dirinya. Dia yakin Mia terpengaruh dengan seseorang sehingga dia sanggup melakukan seperti itu.


Jessica memilih untuk mendiamkan diri. Dia 
tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Jessica telah menukar nombor telefon dan menutup semua akaun media sosialnya. Dia ingin memulakan hidup yang baru. Ustaz Ali tidak pernah menghubungi dia lagi seperti dulu. Naufal hanya menghubungi David tetapi David memilih untuk tidak melayan dia.

Jessica mula sedar bahawa tidak semua yang dinamakan kawan mendekati kita dengan tulus. Dia didekati kerana dia dianggap memberi pahala kepada sesiapa yang membawa dia memeluk Islam. Setelah gagal berbuat demikian, Jessica dibiarkan begitu sahaja.

"Aku akan lebih berhati-hati dalam memilih kawan, cukup lah kali ini terluka" Jessica menanam azam baru dan belajar mengampuni orang.


**

Beberapa bulan berlalu..

Jessica mendapat khabar bahawa saudara terdekatnya Steve, ingin berkahwin dengan seorang wanita muslim bernama Yana.

Jessica mendial nombor Steve dan mengajak dia untuk berjumpa. Jessica ingin mendengar perkara itu sendiri dari mulut Steve.

"Steve, Jess dengar Steve nak kahwin dengan Yana, betul ke?" Jessica menyuap nasi dalam mulut sambil mengajukan soalan itu.

Steve merenung Jessica. Jessica merupakan teman sepermainannya sejak kecil lagi. Mereka agak rapat walaupun Jessica anak kota itu jarang pulang ke kampung.

Steve baru berhijrah ke kota besar kerana peluang pekerjaan yang lebih cerah. Di situlah dia berkenalan dengan Yana.

"Ya Jess. Betul." Steve membetulkan kerusi tempat dia duduk.

"Steve, saya minta kamu jangan ulang kesilapan sama macam saya. " Jessica menegur saudara terdekatnya itu. 


"Fikir masak-masak sebelum memeluk Islam.  Memang segalanya nampak indah,  tetap penyesalan itu akan ada jika kamu tersilap langkah." sambung Jessica. 


"Saya perlukan cinta!  Saya cintakan Yana,  demi dia sanggup saya memeluk Islam!" Steve bertegang urat mempertahankan kekasihnya. 


"Saya dah tegur, terpulang nak dengar atau tidak,  kau dah memeluk Islam,  IC kau dah kau tukar,  itu penamat dan kamu tak boleh u-turn.  Puji Tuhan saya tak tukar IC saya dan akak ragu-ragu dengan Islam pada ketika itu jadi tidak sah.  Malah, saya dipanggil murtad kerana saya percaya wujudnya Tuhan tetapi tidak mahu yakin pada Nabi Muhammad!" Jessica geram dengan Steve yang umur baru setahun jagung memilih cinta duniawi daripada cinta pada Tuhan.


_bersambung_


No comments:

Post a Comment