Monday, 27 January 2020

Dendam Kesumat 5


#dendamkesumat


Part 5


"Ayah?"

Fendi berdiri tercegat. Mata Fendi melilau mencari suara yang memanggil. Dia turun ke tanah dan mencari. Tiada.

"ahh, salah dengar kali." Fendi mengabaikan perkara itu dan sambung mengemas barangnya. Cat merah dan berus itu harus dilupuskan. Dia menggunakan plastik hitam untuk membungkus cat dan berus itu. Sarung tangan dicampak juga ke dalam plastik.


**


Johan melarikan diri kerana dia khuatir dia dijumpai ayahnya. Dia belum bersedia. Mana mungkin dia salah orang, cara jalan, rupa ayahnya walaupun kusut masai dia tetap kenal. Dia kecewa kerana dia tidak tahu pembebasan ayahnya dari penjara. Apa reaksi adik dan ibunya jika perkara ini diketahui mereka?

"9 ringgit bang." Suara penjual burger itu menghentikan lamunan Johan.

Johan mengeluarkan wang untuk membayar burger dan dia bergerak pulang ke rumahnya. Dia merasakan belum tiba masa untuk memberitahu perkara sebenar. Dia pasti akan kembali ke rumah arwah eyang untuk menyiasat hal itu.


**


Ah Kang duduk melipat kakinya di atas sofa. Dia menonton televisyen bersama Lorita dan Lindsay. Ibubapa mereka telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Mereka memilih untuk tinggal di villa kerana tidak perlu ramai membanjiri balai polis. 

Lorita bangun dan menyiapkan kudapan untuk menonton televisyen. Dia mengeluarkan jus oren. Dia melihat seperti ada kelibat orang di belakang rumah. Lorita meletakkan kembali jus oren di atas meja. Kakinya melangkah ke belakang rumah. Dia melihat huruf 死 (mati) yang besar berwarna merah. Bukan bau cat yang dia hidu, tetapi bau darah. Lalat mula hinggap di dinding kerana tertarik dengan bau darah itu. Dia menutup hidungnya. Dia segera mengambil telefon bimbit dia di atas sofa dan mengambil gambar dinding yang dicalit dengan darah itu.

"Kenapa Lorita?" tanya Ah Kang yang pelik dengan kelakuan saudara perempuannya itu.

"Cuba korang tengok sini." Lorita memanggil Ah Kang dan Lindsay.

"Humm serius kes ni." Lindsay menggelengkan kepalanya.

"Dah send gambar dalam group family tak? Dah alang-alang diaorg ke balai polis tu." Ah Kang bersuara.

Lorita sekadar mengangguk kepalanya. Dia sedar bahawa ini adalah permulaan bagi perkara ini. Hal ini akan menjadi semakin serius. Dia mengesyaki sesuatu yang aneh, dia telah memasang niat untuk memasang CCTV di sekitar villa dan perlu mengupah security guard untuk keselamatan mereka.


**


Kaca pecah berderai membuatkan Johan terkejut. Dia berlari ke dapur. Jari ibunya, Ros luka akibat serpihan kaca gelas. Dia mengambil kotak pertolongan cemas, dia membersihkan luka ibunya dengan air paip terlebih dahulu, dan menekan jari ibunya yang luka dengan kapas, ditukar kapas dan gauze, serta dibalutnya dengan kemas.

"Ibu, pergi la rehat, tak payah buat kerja kat dapur. Nanti Johan uruskan ya." Johan memandang wajah ibunya yang menahan pedih luka.

Johan melihat perubahan wajah ibunya. Dahulu wajah ibunya halus, kini kedutan berusia kelihatan jelas. Dia tidak tergamak untuk memarahi ibunya, kerana selama ini ibunya sudah cukup kuat menghadapi kecaman orang kampung. Tolakan pinangan bukan sekali dua, ibunya tetap mengatakan dirinya sudah berpunya.

Keluhan halus Johan lepaskan.
"Ibu, Johan nampak..."

"Ada orang di rumah tak? Nak beli sayur?" Suara penjual sayur memotong kata-kata Johan. Johan terhenti seketika.

Ros mengucapkan terima kasih kepada anaknya dan terus menuju ke arah depan rumah.

"Senah, kau rupanya. Haa, dari tadi aku tunggu. Hari ini ada sayur apa ja?"

"Hari ini ada kangkung, pucuk ulam raja, daun kesum, bayam, tengok la dalam bakul ni" Senah menunjukkan isi bakul kepada Ros.

"Aku nak kangkung rm2. Nanti budak-budak balik sekolah, mesti diaorang suka ni." Ros menyerahkan rm2 kepada Senah.

"Eh, kenapa jari kau Ros?"

"Tak ada apa-apa la, terkena serpihan kaca ja." Jelas Ros.

Plastik berisi kangkung dan rm2 bertukar tangan. Senah berlalu pergi dengan van miliknya.

Ros kembali masuk ke dalam rumah. Dia teringat pada anaknya.

"Haa, Johan nak cakap apa tadi?" Tanya Ros pada Johan yang sedang membersihkan serpihan kaca tadi.

"Johan lupa la ibu." Johan tersengih, namun dalam fikirannya dia ingat.



**


Cyrus membuka hood jacketnya dan dia melangkah jauh dari villa itu. Cyrus telah lama menghendap villa itu. Baki darah ayam dia buang dalam tong sampah berdekatan. Sarung tangan dia tanggalkan dan dilempar ke tanah. Cyrus meludahkan ke tanah dan dia mendengus geram.

Dia memohon jawatan di syarikat Paradise ada sebabnya. Dia ingin mendekati keluarga Tai. Dendamnya membara, dia perlu melunaskan janji pada ibubapanya.
.
.
.
.
.

Apa dendam Cyrus pada keluarga Tai?
Apakah hubungan keluarga Cyrus dengan keluarga Tai?
Adakah Johan akan menceritakan apa yang dia lihat pada keluarganya?
Adakah dendam ini padam atau membara sehingga akhir nyawa?

_bersambung_

No comments:

Post a Comment