Friday, 3 January 2020

AKU INGIN KEMBALI PART 7


Menginjak minggu ke-3 Jessica menyertai kebaktian gereja, dia yakin itulah harapan buat dia.  Sewaktu sesi Pujian dan Penyembahan,  dia merasakan kuasa Tuhan terjadi.  Dia mendengar Allah Bapa berbicara dengannya.

"AnakKu,  pulanglah ke pangkuanKu."

Dengan tidak semena-mena,  Jessica menangis teresak-esak. Roh Kudus menyentuh jiwanya,  memberikan dia ketenangan dan keselamatan.  Kaki Jessica menggeletar sehinga dia terduduk di kerusi.  

Pelukan hangat dapat dia rasai.  Dia tahu bahawa dia telah berdosa, tidak mendengar firman Tuhan selama ini.

Amsal 3:1-8 (AVB)  Hai anakku, jangan lupakan ajaranku, tetapi hendaklah hatimu memegang perintah-perintahku,
kerana segalanya akan memberikan kepadamu umur panjang, usia lanjut, dan kesejahteraan.
Jangan biarkan kasih setia dan kebenaran meninggalkan kamu, kalungkannya di lehermu dan pahatkannya di loh hatimu.
Dengan demikian engkau akan disukai serta memperoleh nama baik di mata Allah dan manusia.
Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri.
Ingatlah Dia dalam segala jalanmu, maka Dia akan meluruskan jalanmu.
Jangan anggap dirimu bijak, takutlah kepada TUHAN dan jauhilah kejahatan.
Itulah yang kelak mendatangkan kesihatan bagi tubuhmu dan kekuatan bagi tulang-tulangmu.

Mulai saat itu,  Jessica berjanji pada dirinya sendiri,  dia akan mencari kebenaran, mendengar firman dan melayani dalam gereja untuk Tuhan. 


**

Seminggu kemudian...

Perubahan Jessica mula dirasai Mia.  Jessica sering menolak bila diajak untuk solat bersama-sama.

Jessica masih menganggap Mia seperti teman baiknya,  kerana dia percaya bahawa perbezaan kepercayaan bukan sesuatu yang memutuskan talian persahabatan. 

Dia merahsiakan perkara itu sebab dia tahu akibat daripada murtad. Jessica kesal kerana selama ini tidak ada sesiapapun yang menjelaskan perkara tentang keluar dari Islam. Kakak usrah dan ustaz hanya menceritakan sisi manis sahaja. 

Jessica telah membuat kajiannya sendiri,  dia telah melayari internet mengenai isu murtad.  Perkara itu adalah tabu bagi umat Islam yang lain.

Hukuman murtad adalah mati jika di negara Islam.  Di Malaysia,  hukumannya adalah denda,  sebat, penjara sehingga tiga tahun atau ketiga-tiganya sekali. 

Apabila meninggal, keluarga bukan Islam tidak berhak menuntut tanah adat dan pusaka,  harta benda serta wang. Semua itu akan masuk ke dalam dana Baitulmal sekiranya kamu tidak mempunyai waris yang beragama Islam. 

Mualaf juga tidak boleh mengahwini orang yang bukan Islam. Sekiranya sudah berkahwin dengan orang Islam, dan cuba keluar dari Islam,  dia akan kehilangan hak penjagaan anak kerana mereka telah didaftarkan sebagai muslim. 

Jessica mengeluh melihat semua penyataan di atas, tetapi puji Tuhan kerana dia tidak menukar ICnya dahulu dan ragu-ragu apabila dia mengucapkan 2 kalimah syahadah, secara automatik dia tidak sah menjadi muslim.

Ramai bekas muslim yang berada di negara Islam melarikan diri ke negara yang mempunyai kebebasan beragama seperti USA.  Jessica kerap mengikuti perkembangan bekas muslim ini terutamanya melalui Youtube, salah satunya Apostate Prophet. Jessica juga kerap mendengar debat tokoh Kristian seperti David Wood,  Christian Prince dsb. 



**


David membuka Whatsapp dalam telefon bimbitnya. Sunyi.  Tidak ada satu mesej daripada Jessica. 

Dia agak risau dengan gadis itu.  Sebenarnya  Jessica tidak sedar bahawa David memantau apa perkembangannya di gereja.  Dia mula menyimpan hati pada gadis itu. 

David menghantar pesanan Whatsapp kepada Jessica. 

David: Buat apa tu? 

"Ada ada grey double tick sahaja.  Jessica tak baca lagi.  Mana la dia pergi ni?" David bermonolog.

Kebiasaannya Jessica pasti akan memberitahu dia sekiranya dia sibuk.

Beberapa minit kemudian,  Jessica membalas. 

Jessica: oh sorry, lupa nak bagitahu saya pergi jalan-jalan dengan Mia.  Hihi biasalah hujung minggu. Rindu ke?

David meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.  Mukanya merah padan dengan gurauan Jessica. 

Jessica menghantar pesanan Whatsapp lagi.  
Jessica: Bila kita nak jumpa?  Dah berbulan-bulan kita kenal, tapi tak pernah jumpa lagi? 
David: Pasti ada waktunya.
Jessica: Alaaa jom la,  ada satu kedai makan yang sedap kat sini.
David: ohh,  kedai makan itu awak kunyah ke?  Lapar sangat tu. 
Jessica: Aisshhh bukan,  makanan kat kedai tu yang sedap.  🙄
David: ok ok,  minggu depan kita jumpa. Bawa la kawan awak sekali.

_bersambung_

No comments:

Post a Comment