Thursday, 9 January 2020

AKU INGIN KEMBALI PART 8

Jessica berdebar menunggu di rumah.  Inilah kali pertama dia akan bersua muka dengan lelaki yang bernama David. 

Jessica tidak risau David akan tersesat jalan kerana dia telah kongsi lokasi google maps kepadanya. Jessica mengemas ruang tamu sambil menunggu David sampai.

Mesej whatsapp masuk.
David: Saya sudah sampai di depan rumah kamu. 
Jessica: okay,  sekejap.

Jessica terus membuka pagar pintu rumahnya.  Kereta berwarna merah itu berhenti di hadapan rumahnya.  David keluar dan menyapa Jessica. 

Jessica tersenyum kerana dia lega David orangnya peramah seperti mereka berhubung dalam alam maya. Jessica agak terkejut kerana David membawa tiga orang kawannya untuk bersua muka dengan Jessica.

Lelaki ini memang agak pelik. Date pertama membawa ramai kawan.  Jessica tersenyum tetapi dia tidak kisah dengan hal itu, kerana baginya kawan David adalah seperti kawan dia juga.

Titik pertemuan pertama itu membuat bibit percintaan mereka mekar.  Mereka selesa untuk berbual antara satu sama lain. Jessica selesa dengan David kerana dia amat menjaga batas pergaulan mereka.  David amat menghormati Jessica sebagai wanita.  

Jessica melihat bahawa David amat ambil peduli terhadapnya, David memastikan Jessica mengunci pagar dan masuk ke dalam rumah baru dia memandu pergi dari rumah Jessica.
 
Lambaian tangan itu pastinya bukan buat kali terakhir kerana hati Jessica terpikat. Dia ingin mengenali David dengan lebih lagi. Senyuman tidak lekang dari bibirnya malam itu.


**


"Saya ingin memperkenalkan kamu kepada keluarga saya. Minggu depan kamu lapang?" Tanya David.

Jessica membuka kalendar tahunan dan melihat planner dia. Dia agak lapang pada masa itu.

"Saya bole ja pergi dengan kamu minggu depan." Jessica membulatkan tarikh agar mudah dilihat oleh David.

"Okay, nanti saya jemput ya, kita pergi sama-sama ke rumah keluarga saya." David mengukir senyuman.


Hari pertemuan..
Keluarga David amat peramah. Secara automatik, Jessica menganggap keluarga David seperti keluarganya sendiri. Jessica juga telah menceritakan perihal David kepada ibubapanya. Mereka merestui hubungan itu, malah mengajak David untuk bertemu.

Jessica bersyukur kerana lelaki ini hadir dalam hidupnya. Dia mengajar erti menghargai, erti perbatasan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Dahulunya, Jessica amat bersifat duniawi, pemikirannya sedikit demi sedikit bersifat alkitabiah (cara hidup mengikut prinsip Tuhan).


**


 2 bulan kemudian..

"Saya rasa lebih baik kamu berdua kahwin terus daripada bertunang.  Perbelanjaan lebih kurang banyaknya." ujar kakak David.

Ahli keluarga yang lain pun menyokong cadangan kakak David.

Hubungan David dan Jessica menjadi serius dan mereka bersepakat untuk mengikat ikatan yang suci setelah beberapa bulan berkenalan.  Waktu Tuhan pasti yang terbaik pada kita semua,  bukan? Amen. 

Perbincangan demi perbincangan berlangsung  bersama ahli keluarga dan jemaat gereja sehingga kata sepakat dilaksanakan.  Rancangan perkahwinan mereka disertai Tuhan, mereka hanya tinggal 2 bulan sebelum tarikh matrimoni mereka. 


**


Pada hari perkahwinan (pagi).. 

Mesej Whatsapp masuk dalam telefon bimbit Jessica. 

Ustaz Ali: Betul kamu hendak berkahwin hari ini Ika? Jabatan Agama Islam kecoh dengan isu kamu. Mereka sedang menyiasat isu ini.

Kad Undangan diforward Ustaz Ali kepada Jessica,  hal itu sungguh aneh kerana dia tidak pernah memberi mana² pihak kad undangan perkahwinannya, hanya kepada yang terdekat sahaja. 

Jessica tergamam kerana dia tidak menyangka bahawa perkara ini diketahui pihak JAI. Dia berasa sangat tidak tenang. 

Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. 


_bersambung_

No comments:

Post a Comment