Credit gambar: santapanrohani
Steve telah mendirikan rumahtangganya bersama Yana. Yana berjanji untuk menerima keluarga Steve seadanya.
Beberapa bulan kemudian,
Steve mengajak Yana untuk ke kampung halaman di Borneo. Yana hanya mengiyakan sahaja. Jujur Yana takut, kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke rumah panjang, tetapi dia harus akur kerana itu keluarga Steve juga.
Setiba mereka di Borneo Airport, Yana lega kerana telah tiba dengan selamat.
"Yana, jauh lagi tau kampung abang, dalam 3 jam perjalanan lagi." Jelas Steve kepada isterinya. Dia mengenggam erat tangan Yana. Dia tidak tahu apa penerimaan Yana tentang kampung halamannya. Dia sengaja tidak menjelaskan dengan lebih lanjut kerana dia ingin Yana tahu sendiri.
**
Yana mula rasa tidak selesa, dia tidak menyangka masih ada jalan raya yang tidak berturap. Keadaan jalan yang berbukit bukau serta harus menggunakan 4 wheeldrive membuat dia mabuk darat.
"Ni baru jalan raya, belum keadaan rumah dia lagi, alahaiii apalah nasib aku ni nanti." Yana berbisik kecil.
Yana memandang Steve yang duduk di sebelah. Suaminya tenang dan memejamkan mata untuk berehat. Pemandu mereka adalah saudara Steve, Justin yang menjemput mereka di airport tadi. Justin hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan, mungkin dia tahu mereka penat dan perlu berehat. Hanya alunan musik di radio yang kedengaran dalam kereta.
Matahari telah melabuhkan tirainya. 3 jam telah berlalu. Kenderaan 4 wheel drive itu akhirnya berhenti dan mematikan enjin. Yana membuka pintu kereta dan tergamam. Dia melihat keunikan rumah panjang buat kali pertama.
"Abang, Yana nak pergi tandas dulu, tandas ada kat mana?" Yana menarik tangan Steve. Dia tidak tahu nak berhenti di mana untuk membuang air kecil sepanjang perjalanan. Perhentian R & R kurang berbanding di Tanah Malaya.
"Mari abang hantar sampai ruang bilik kita. Nanti Yana pergi belakang je, selepas dapur, situ la tandas. Abang nak punggah barang kita ni." kata Steve sambil menjangkau beg pakaian mereka.
Setelah sampai di ruang bilik, Yana bersalaman dengan keluarga mertuanya yang memang setia menanti ketibaan mereka. Yana meminta diri untuk ke tandas. Yana terdengar bunyi yang asing baginya. Setelah selesai, dia menuju ke arah bunyi tersebut, dan dia melihat BABI di dalam sangkar. Dia menjerit melihat babi itu memanjat pagar.
Steve mendengar jeritan Yana dan bergegas ke situ. Dia melihat Yana terduduk di jambatan belakang rumah panjang.
Yana mencubit lengan Steve. "Kenapa tak beritahu keluarga abang bela babi" Yana kesal kerana suaminya tidak pernah berkata apa-apa mengenai hal itu. Anjing juga bebas berkeliaran. Yana segera bangkit kerana orang kampung mula keluar menjengah kerana mendengar jeritan Yana tadi.
**
Malam itu, adik perempuan Steve, Sherilyn membantu ibu mereka untuk menyediakan makan malam. Yana juga berada di dapur. Dia mengeluarkan periuk, pinggan mangkuk dan sudu daripada kotak yang dibawa oleh mereka daripada Tanah Malaya.
Sherilyn yang kehairan bertanya kepada ibu mereka.
"Indai, nama pengawa bini Steve mungkar periuk, pinggai, sudu nyak?"
"Urang sigi enda sama pemakai ngau kitai, haram ketegal kitai tu makai babi." Ibu Steve tidak mengendahkan perbuatan Yana. Dia terus mengaul masakan. Dia memang tidak merestui perkahwinan anaknya tetapi Steve telah berjanji dia akan tetap pulang ke rumah. Siapa yang tidak sayangkan anak. Dia menerima sahaja keputusan anaknya itu walaupun hatinya sakit.
Yana memasak telur goreng dan sardin buat dia dan Steve. Dia segan dengan ibu mertuanya tetapi dia harus masak juga kerana dia was-was dengan kesucian masakan dan peralatan memasak ibu mertuanya. Steve juga pernah bercerita bahawa keluarga dia memang menjadikan daging babi makanan ruji mereka.
Makan malam itu agak hambar kerana ibu Steve terasa hati dengan Yana.
Steve sedar keadaan itu kerana ibunya bukan seorang yang pendiam apatah lagi waktu makan, berkumpul bersama, ada sahaja cerita ibunya itu.
Keesokkan harinya, Yana meminta suaminya pulang kerana dia tidak betah duduk di situ.
Mereka kembali ke bandar dan tidur di hotel satu malam sebelum kembali ke Tanah Malaya.
Kepulangan Steve membuat ibunya sebak, seumpama dia telah kehilangan anaknya. Anak yang dia bela dari kecil, mendengar kata dan kini anaknya membuat haluan sendiri. Hati Ibu itu begitu terluka.
**
Beberapa tahun kemudian..
Jessica menerima panggilan daripada Steve. Suara Steve agak lemah dalam talian.
Jessica amat risau dengan keadaan Steve. Pertemuan telah diatur dan Jessica memberitahu suaminya David mengenai hal itu.
Jessica dan David melangkah masuk ke dalam restaurant. Mereka mencari kelibat Steve dan David telah melihat susuk tubuh itu di meja hujung. David memegang tangan isterinya dan membawa Jessica ke sana.
"Hi Steve. Apa khabar sekarang?" David mula menyapa.
"Hi. Begini la keadaan saya. Bahh duduk la." Steve cuba untuk mengukir senyuman.
Jessica melihat susuk tubuh Steve semakin kurus dan tidak terjaga. Rambutnya kusut masai dan matanya bengkak seperti tidak cukup tidur.
"Saya tahu saya salah. Saya tahu saya tersilap langkah. Saya hanya ada kamu berdua untuk berkongsi cerita." Steve memulakan ceritanya.
Jessica dan David hanya mendiamkan diri. Mereka memasang telinga untuk mendengar luahan Steve.
"Beberapa tahun yang lepas, saya ada bawa Yana ke kampung. Itu la kali pertama, itu la kali terakhir. Dia kata jijik sebab bela babi, anjing berkeliaran la, nak kena sertu bagai. Leceh nak bawa periuk dan peralatan dapur setiap kali balik kampung. Saya ni tidak berpelajaran tinggi, cukup PMR sahaja. Yana sindir saya sampai bila nak hidup susah macam ni. Ada rupa kalau hidup tak senang, malu dengan kawan-kawan. Yana sering minta perabot baru, langsir baru menjelang perayaan, dia tahu tak mampu, tetapi dia tidak mengukur baju di badan sendiri. Kawan dia pakai duckscarf (jenama tudung), dia pun nak. Ada masa kami makan meggi, bubur ja di rumah untuk dia nampak mewah." sambung Steve. Dia menitiskan air mata. Dia rasa gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami.
David menyerahkan tisu muka kepada Steve. Dia turut bersimpati dengan keadaannya.
Jessica tidak bersuara, hanya memandang sayu wajah Steve.
"Mana Yana sekarang?" David bersuara.
"Yana dah ada lelaki lain yang lebih kaya. Dia minta cerai dengan saya. Saya rasa tercabar saat itu, dan saya melafazkan talak pada Yana. Saya berkorban segala-galanya buat Yana. Saya memeluk Islam untuk dia, tetapi sekarang saya menyesal. Saya bertaubat Jess, maafkan saya tidak mendengar kata-kata kamu." Steve menundukkan kepalanya, puas Steve menahan esakan tetapi dia sedar itu sudah terlambat.
**
Adakalanya kita melakukan perkara mengikut pengertian kita sendiri. Kita lupa bahawa kita perlu mengandalkan semua perkara pada Tuhan Yesus. Steve tidak boleh berpatah kembali secara legal, tetapi secara rohani, Steve telah bertaubat dan menjadikan firman Tuhan sebagai sandaran dalam hidupnya. Dia bersyukur kerana kasih Tuhan begitu besar dan jemaat gereja tidak menghakimi perbuatan masa lalunya. Jemaat gereja malah memberi sokongan moral kepada Steve untuk menjalani kehidupannya.
Seperti di dalam firman Tuhan, dosa kita telah diampuni Tuhan Yesus, kerana kita telah bertaubat.
Kisah Para Rasul 13:38-39 (AVB) Oleh itu, ketahuilah saudara-saudara, melalui Yesus berita pengampunan dosa disampaikan kepada saudara sekalian.
Setiap orang yang percaya kepada-Nya diampuni segala dosanya yang tidak dapat diampunkan melalui Taurat Musa.
Betapa Tuhan Yesus menekankan pengampunan dosa dalam kehidupan seharian kita, sehingga Tuhan berfirman seperti di dalam
Lukas 17:3-4
Berwaspadalah! Jika saudaramu telah berbuat dosa terhadapmu, tegurlah dia dan jika dia bertaubat, ampunilah dia.
Jika dia berdosa sebanyak tujuh kali terhadapmu dalam sehari dan setiap kali dia datang kepadamu serta berkata, ‘Aku bertaubat,’ kamu hendaklah mengampuninya.”
Setelah kejadian itu, Jessica tekad untuk membantu anak muda/belia zaman sekarang kerana golongan ini yang paling terdedah kepada Islamisasi. Dia ingin menjadi bejana Tuhan untuk menjadi inspirasi kepada orang di sekelilingnya. Jessica bercita-cita untuk mengajak umat Kristian bangkit dan mencetus gelombang reformasi untuk kerajaan Tuhan.
_TAMAT_
No comments:
Post a Comment