Part 4
Tinggg!
Facebook Messenger
Kang: Hi there!
Lorita: Hi Ah Kang! Kenal saya lagi tak?
Kang: Ini budak cengeng yang ikat rambut macam ekor kuda dan kuat menangis tu kan?
Lorita: Hei! Kamu tak berubah lagi. Masih lagi rajin menyakat orang.
Kang: Kami sekeluarga akan balik ke Malaysia for a week. Kami bercadang nak stay villa. Papa cakap papa rindu rumah mendiang atuk.
Lorita: Yeaaayyy! 💃 Semua uncles and aunts kita ada di sini minggu depan. I can't wait 🙃
Lorita berasa seronok kerana dia telah berangan semua keluarganya berkumpul. Jarang untuk dia mempunyai peluang seperti ini. Dia berkerinduan menyatukan keluarga besarnya.
**
Satu demi satu kereta parking di perkarangan villa tu. Rumah itu kembali riuh. Sejak pagi tadi, adik perempuan Lorita, Lindsay membantu Lorita untuk menyediakan perapan makanan yang perlu dibakar. Lindsay baru tamat pengajian beberapa bulan yang lepas, dia ingin bersama ibunya membuka bakeri kerana itu adalah minatnya sejak kecil lagi. Kek yang telah siap hasil buatan tangannya juga telah dihidangkan di atas meja makan.
"Terima kasih semua kerana sudi datang. Kita berkumpul semula setelah lama kita berjauhan dan sibuk dengan tugas masing-masing. Saya berharap pertemuan kita kali ini adalah permulaan yang baru untuk membina keluarga ini dengan lebih utuh." Benjamin mula bersuara.
Sebelum itu, mari kita berdoa bersama-sama. Halelluya! Ya Bapa, kami bersyukur kerana hari ini kami dapat berkumpul bersama dengan keluarga kami yang besar. Berkat kemuliaanMu, saudara saudari kami dari US, Australia dan bahkan dalam Malaysia sekalipun selamat sampai di destinasi yang dituju. Terima kasih Tuhan atas makanan yang disediakan pada hari ini, berkatilah tangan-tangan yang menyediakan. Sucikan dan kuduskan makanan kami pada hari ini, agar makanan ini menyihatkan kami dan memberi kami kekuatan. Dalam nama Tuhan Yesus, kami telah berdoa. Amen!
Makanan telah tersedia, jom kita makan." sambung Benjamin serta mengetuai bacaan doa makan mereka.
Lindsay mendekati saudara-saudaranya. Agak kekok bagi dia kerana telah lama tidak bersua muka, tetapi dia telah diajar oleh papanya dari kecil lagi, sebagai tuan rumah, kita harus sentiasa menyapa tetamu rumah agar mereka berasa selesa di tempat kita.
"Lorita masih single lagi ke? Anak kawan auntie handsome tau, baru balik dari luar negara. Auntie lupa nama dia, family dia panggil dia koko (panggilan untuk abang). Xiao Ching cuba menjodohkan Lorita dengan anak kawan rapatnya.
"Saya masih enjoy single lagi auntie. Saya masih remaja bawah umur lagi." Lorita gelak dengan penyataan dia sendiri.
Xiao Ching ketawa kecil, dia tahu bahawa Lorita merasakan dia ada tanggungjawab pada ibubapanya. Apatah lagi, Lorita adalah anak sulung dan harapan ibubapanya.
Praaaaannkkk! Bunyi sesuatu pecah berderai dan jeritan kuat menyusuli. Mereka semua mendiamkan diri. Benjamin dan abang iparnya Wei Ming segera mencari sumber bunyi itu. Jeritan itu adalah jeritan Irene, isteri Wei Ming. Irene terduduk di lantai dan tangannya tergetar-getar menunjuk ke arah dinding. Di dinding villa terdapat contengan cat berwarna merah "AKU TAHU PERBUATAN TERKUTUK KAU!"
Irene menangis teresak-esak dan dia kelihatan agak takut. Semua orang telah memasuki ruangan berkenaan dan tergamam melihat tulisan itu.
"Tulisan itu ditujukan untuk siapa?"
"Siapa yang conteng dinding ni?"
"Apa motif dia?"
Pelbagai soalan bermain dalam fikiran mereka.
Setelah Irene menenangkan diri, dia menjelaskan semuanya.
"Saya nak pergi ke tandas, dan saya tak perasaan pun ada perkataan ini sebenarnya. Setelah keluar dari tandas, saya nampak Qasmah sibuk, dan saya ingin membantunya membawa cawan ke perkarangan luar rumah, ketika itu lah saya ternampak perkataan ini."
"Entah-entah ini ada kaitan dengan mendiang ayah tak? Mei Ling anak bongsu mendiang bersuara.
"Kita jangan buat andaian terlebih dahulu, tambahan pula perkara itu telah lama berlalu." Wei Zheng anak ketiga menekankan berat tuduhan kepada orang tidak bersalah dan mereka sendiri tidak tahu ayat itu ditujukan kepada siapa.
"Bukan dalangnya telah dipenjarakan ke?" Xiao Ching kehairanan. Tidak mungkin perkara ini bersangkut paut dengan mendiang ayahnya.
"Apa-apa pun kita harus melaporkan perkara ini kepada polis terlebih dahulu" Xiao Hua memberi pendapatnya.
**
Johan (anak Fendi) lupa bahawa isterinya memesan burger dan benjo untuk anak-anak mereka. Johan melihat jam telah pukul 7pm. Dia memarkir keretanya di masjid ar-rayyan. Setelah menunaikan solat, Johan teringat pada rumah pusaka arwah nenek moyangnya terletak tidak jauh dari masjid itu.
"Ahh, singgah dulu la rumah arwah eyang. Tak lama pun, warung pun baru buka jam ini." Johan bermonolog.
Hatinya begitu kuat untuk menjenguk rumah itu. Kali terakhir dia menghuni rumah itu 25 tahun yang lepas. Dia terkejut kerana melihat pintu rumah itu terbuka.
"Ada siapa di rumah itu?" Hati Johan berbisik.
Dia agak penasaran untuk mencari tahu siapa ada di dalam, kakinya melangkah mendekati rumah itu dan bersembunyi di sebalik tanaman bunga.
Kelihatan satu kelibat yang samar-samar berjalan di dalam rumah. Kelibat itu mengangkat kotak ke beranda rumah. Johan mengosok matanya. Dia merasakan tidak percaya dengan apa yang dia lihat.
"Ayah?"
_bersambung_
No comments:
Post a Comment