"Ika, Ika! Dengarkan la dulu penjelasan saya, please!" Naufal merayu pada Jessica.
"Lepaskan tangan saya, Naufal" Jessica berasa sakit kerana tangannya digenggam kuat oleh Naufal. Air mata dia mengalir dengan deras.
"Saya tidak memerlukan penjelasan kamu lagi. Saya perlukan bukti. Usaha kamu untuk masa depan kita! Sudah Naufal. Hubungan kita berakhir sampai di sini sahaja." Jessica sebak menuturkan kata-kata itu. Dia perlu memberi pengajaran kepada Naufal. Wanita tidak boleh diambil mudah. Wanita perlu berasa diri dihargai, berusaha untuk menghalalkannya.
Naufal melepaskan tangan Jessica, dan dia terduduk. Jessica meminta maaf dan dia melangkah pergi dari situ.
*
Beberapa bulan berlalu, Jessica mula move on dengan kehidupannya. Dia meluangkan masa lebih dengan pekerjaan dan rakan baiknya.
Jessica mengemas ruangan bilik office setelah selesai sesi dengan klien.
Mesej Whatsapp masuk dan Jessica tercari-cari telefon bimbitnya. Tangannya pantas menekan password untuk membaca whatsapp itu.
David: Hi, dah makan ke belum ni?
Jessica: Soalan cliché, belum lagi tengah kerja. Saya nak tanya soalan boleh?
David: Tanya la.
Jessica telah lama ingin menanyakan soalan tentang agama Kristian kepada David. Soalan-soalan itu seringkali bermain dalam fikirannya. Tambahan pula setelah Jessica belajar banyak tentang doktrin Islam serta banyak mendengar argumen tentang Alkitab dan kepercayaan Kristian.
Jessica: Kristian menyembah 3 Tuhan ka?
David: Siapa kata Kristian menyembah 3 Tuhan?
Jessica: Daripada ceramah agama Islam, kawan Muslim saya semua bersependapat dengan hal itu.
David: Kenapa kamu belajar dari kawan kamu orang islam kalau ingin tahu tentang Kristian?
David terus berkongsi, memberi pencerahan berkenaan dengan soalan yang diajukan Jessica.
Perkataan Tritunggal tidak terdapat di dalam AlKitab. Ia adalah satu perkataan yang digunakan untuk menyatakan doktrin Allah Bapa, Anak Allah dan Roh Kudus. Tuhan adalah satu dan ada 3 peribadi iaitu Allah Bapa, Yesus (Anak) dan Roh Kudus. Setiap peribadi mempunyai peranan yang berbeza.
Contoh yang lebih mudah difahami
Ruang= panjang x lebar x tinggi. Tanpa salah satu, maka ruang tidak wujud.
Dalam diri Jessica ada tubuh, jiwa dan roh, bukan?
Jessica: Ya.
David: Adakah itu bermakna Jessica ada 3 orang?
Jessica: Tidak.
David: Begitu juga doktrin Tritunggal. Kristian hanya menyembah satu Tuhan yang mempunyai 3 peribadi.
Mudah untuk Jessica faham?
Jessica:Okay, next. Betul ke Alkitab telah dipalsukan?
David: Siapa kata Alkitab dipalsukan?
Jessica: Dari kawan muslim, buktinya dari al-Quran.
Oleh kerana David pernah menghadiri seminar Apologia dan asas yang kukuh dalam firman Tuhan menunjukkan references merujuk kepada dua ayat dalam al-Quran itu sendiri yang bertentangan antara satu sama lain.
Sekiranya Alkitab dipalsukan, di bahagian mana yang dipalsukan, dan mana yang asli.
Alkitab kita mempunyai bukti kesahihan. Penjelasan ini akan mudah kamu fahami sekiranya kamu sudi untuk digembalakan. Untuk belajar sesuatu, kamu harus mengorak langkah untuk Tuhan.
David: Ada pergi ke mana-mana gereja ke di sana?
Jessica: Terima kasih atas penjelasan, saya tidak pernah pergi gereja sepanjang saya di sini. Lagipun saya cenderung belajar mengenai Islam sebelum ini.
Jessica berhenti menaip. Dia termenung memikirkan tentang perbualan dengan David.
David menghantar lagi mesej Whatsapp kepada Jessica.
David: Saya mendorong kamu untuk ke gereja. Saya akan perkenalkan kamu dengan satu sister yang berdekatan dengan kamu. Are you okay with that?
Jessica: Hummm, okay saya cuba dulu.
*
Beberapa hari kemudian...
Petang itu, Jessica agak gelisah menunggu sister yang David nyatakan beberapa hari yang lepas. Dia telah lama tidak pergi ke gereja kerana keluarganya bukan jenis orang yang seringkali ke gereja. Ayahnya masih lagi berpegang kepada adat lama, ibunya sahaja yang percaya kepada Tuhan Yesus sebagai juruselamat.
Bunyi kereta mendekati rumah Jessica membuat Jessica menjenguk ke luar. Kereta berwarna putih itu berhenti di hadapan rumahnya. Kelibat seorang wanita muda keluar dari kereta.
"Hi. Ini rumah Jessica? " tanya wanita itu sambil tersenyum.
"Ya, dan saya Jessica." Jessica mengunci pintu rumahnya, membuka pagar dan menuju ke arah wanita itu.
"Saya Aireen, jom masuk kereta saya" Aireen mengajak Jessica. Mereka menuju ke destinasi dan berkesempatan untuk berkenalan dengan satu sama lain.
**
Setelah tiba di gereja, Aireen memperkenalkan Jessica kepada jemaat gereja. Jessica dapat merasakan suasana gereja penuh dengan kasih dan rasa dimiliki walaupun kali pertama dia ke situ.
"Kebaktian gereja adalah pada malam hari sabtu sebab ramai yang bekerja pada hari Ahad. Di sini, ramai pelajar universiti, keluarga dan pekerja yang bujang." Aireen menjelaskan serba sedikit tentang gereja.
Pada malam itu, Jessica hanya memerhati dan menyertai kebaktian sebagai pelawat. Itu adalah kali pertama dia mengalami suasana seperti itu. Dia agak kekok tetapi dia belajar menyesuaikan diri, dia tidak keberatan untuk datang lagi ke gereja pada masa akan datang.
bersambung
*Nota kaki: Pengarang mendorong para pembaca untuk bertanya kepada pemimpin gereja masing-masing untuk penjelasan lanjut mengenai doktrin Kristian. Tuhan memberkati anda semua.
No comments:
Post a Comment