Thursday, 16 January 2020

Dendam Kesumat 1

Images may be subjected to copyright.



Kelihatan satu susuk tubuh menyusun kerusi dan meja di dalam bilik meeting itu. Wajahnya kelihatan samar-samar. Hanya satu suiz lampu hujung bilik dipasang kerana dia selesa membuat kerja dalam keadaan itu.

Susuk tubuh itu mendengus kerana geram dengan tingkah laku manusia yang tidak reti mengemas semula kerusi setelah menggunakannya. Sampah seperti kertas di bawah lantai disapu dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Suis lampu bilik dimatikan.

Nama di tag nama Fendi jelas terpancar setelah dia keluar ke laluan office yang terang benderang itu. Matanya melilau mencari jam. Jam menunjukkan pukul 7pm. Mesyuarat baru sahaja selesai sebentar tadi. "Lambat habis meeting kali ini" Fendi berbisik kecil.

"Selamat malam encik Fendi, jangan lewat balik rumah" kata Lorita tersenyum ke arah Fendi sambil berlalu pergi. Lorita merupakan Pegawai Pemasaran syarikat alat tulis terkemuka, Paradise.

Fendi hanya mendengus dan tidak membalas sapaan Lorita.


**


25 tahun yang lalu..

Fendi merupakan pemandu peribadi rumah Encik Tai. Fendi amat muda ketika baru berkhidmat bersama Encik Tai iaitu berumur 20 tahun. Walaupun berbeza kepercayaan dan budaya, keluarga Encik Tai sangat menjaga keperluan seharian Fendi dan pekerja am yang lain dalam rumah itu.  Keluarga mereka unik, kerana ramai yang kahwin dengan bangsa yang berbeza. Anak Encik Tai ada 5 orang. Isteri encik Tai telah lama meninggal dunia.

Malam itu, Encik Tai berasa sakit kepala yang luar biasa. Dia akhirnya jatuh terjelepuk di depan tangga. Qasmah (orang gaji keluarga Tai) sedang menyapu lantai ketika itu terkejut melihat Encik Tai jatuh. Dia segera menuju ke arah Encik Tai, namun tiada respon daripadanya.

Qasmah menjerit memanggil Fendi untuk mengejarkan Encik Tai ke hospital. Fendi yang mendengar jeritan itu segera berlari ke dalam rumah. Dia melihat Qasmah menyuruhnya untuk menyediakan kereta untuk ke hospital, sepantas kilat dia berlari ke garaj kereta.

Peristiwa itu disaksikan oleh kelibat misteri. Dia kelihatan tersenyum. Dia sudah lama menantikan perkara itu terjadi. Dia akan memastikan orang lain yang menjadi kambing hitam dia. Dia menuju belakang rumah dan menanam serbuk pil ubat yang digunakannya di dalam tanah. Tanah itu diinjak-injak agar rata. Sempat dia singgah di garaj kereta dan menyelitkan plastik serbuk tadi di celah cermin yang terbuka sedikit. Dia tahu tabiat Fendi yang suka membiarkan cermin sedikit terbuka untuk pengudaraan dalam kereta yang lebih baik. Dia kembali semula ke rumah itu dan tergelak kecil.

Doktor mengesahkan Encik Tai telah meninggal dunia. Hasil post mortem masih belum keluar. Semua ahli keluarga encik Tai telah dipanggil untuk memberi penghormatan terakhir dan menuntut mayat di rumah mayat. Ahli keluarga membuat laporan polis kerana seperti ada unsur jenayah dalam kes kematian Encik Tai. Beliau bukan seorang yang tidak menjaga kesihatan, setiap setengah tahun dia akan menjalani pemeriksaan kesihatan di KPJ. Dia juga melaburkan kewangan yang banyak untuk insurans diri.



**


Masa kini..

Fendi kembali ke rumahnya. Rumah pusaka peninggalan arwah opahnya itu sahaja harta yang tinggal. Kepingan gambar seorang wanita dan 2 orang anak yang dilekatkan di cermin membuatkan hati Fendi menjadi sayu. Kejadian lalu menjadikan kehidupan Fendi berubah 360 darjah.

(Ulang tayang dalam minda Fendi)
"Anda ditahan kerana disyaki menjadi suspek pembunuhan Tai Chee Hung. Anda mempunyai hak untuk berdiam diri, dan apapun yang anda katakan boleh digunakan sebagai bukti di makhamah." Tangan Fendi digari oleh pihak polis. Ros, isteri Fendi terkejut dengan penahanan Fendi itu. Anak-anak Fendi menangis melihat ayah mereka dibawa pergi. 

Fendi telah menjalani hukuman penjara selama 20 tahun. Dia dibebaskan kerana terdapatnya keraguan dalam kes pembunuhan encik Tai. Namun, Fendi harus melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali. Hal ini tidak difahami keluarga Fendi. Ros tetap menganggap Fendi penjenayah dan telah menfailkan penceraian. Hak penjagaan anak-anak jatuh kepada Ros.

Fendi tidak berpuas hati dan dia akan memastikan dia mencari tahu siapa dalang kemusnahan hidupnya. Dia menyimpan dendam yang dalam kepada dalang itu.





_bersambung_

No comments:

Post a Comment