#dendamkesumat
Part 3
"Fendi, dalam 10 minit nanti ada meeting bersama bos Cleaning Service" Kumala mengingatkan Fendi yang sedang mengikat plastik hitam untuk dibuang ke tong sampah besar di luar bangunan.
Fendi mengangguk kepalanya tanda mendengar kata Kumala.Fendi kurang bercakap dengan rakan sekerjanya, malah tidak ada yang tahu bahawa dia merupakan bekas banduan. Dia melepaskan nafas lega kerana IC berwarna coklat untuk bekas banduan telah tidak dikuatkuasa lagi memudahkan dia mencari kerja.
Suku gajinya sentiasa disimpan untuk anak-anaknya walaupun dia telah lama tidak berhubung dengan mereka. Dia nekad hanya akan mencari anak-anak setelah dia mencari dalang sebenar pembunuhan mendiang majikannya itu.
Dia seringkali mengintip villa lama itu dan ternyata keluarga Tai masih menghuni rumah itu. Dia juga memohon kerja dengan vendor syarikat cleaning service bersama syarikat Paradise. Dia juga mengawasi pergerakkan anak dan cucu mendiang Tai Chee Hung.
Dia merasakan terkhianati bila dia menjadi kambing hitam. Gara-gara plastik berisi sisa serbuk yang dia tidak tahu isi kandungan yang ditemui dalam kereta, dia dipenjarakan sebegitu lama.
Dia yakin ini adalah kerja orang dalam. Dia hanya perlu mengawasi gerak geri semua orang di dalam rumah itu.
**
"Selamat pagi semua. Nama saya Cyrus. Saya staff marketing baru. Kepakaran saya adalah dalam reka bentuk grafik." Cyrus, lelaki tinggi lampai dengan berpakaian kemas. Dia tersenyum lebar sambil menyingsing lengan bajunya.
Cyrus memperkenalkan diri setelah diberikan peluang.
"Saya ada satu soalan." Sandy mengangkat tangannya.
"Sudah ada yang punya ke belum?" Sandy mengajukan soalan bonus kepada Cyrus.
"Saya sudah berpunya kerana saya milik ibu bapa saya." Cyrus membalas gurauan itu. Semua orang dalam bilik mesyuarat ketawa mendengar jawapan Cyrus.
"Okay, terima kasih atas perhatian semua. Sekarang semua boleh bersurai dan memulakan kerja masing-masing." suara garau itu membuat semua orang terdiam. Mereka mengemaskan meja dan mula beransur kembali ke kubikel masing-masing.
Encik Benjamin berjabat tangan dan mengucapkan selamat datang kepada Cyrus.
Joan diam dari tadi dan dia merasakan ada sesuatu perkara tidak kena dengan Cyrus. Dia agak ragu-ragu kenapa Cyrus lulusan luar negara ingin berkhidmat dengan syarikat lokal, tawaran gaji sudah tentu tidak sebanyak di syarikat lain yang antarabangsa.
**
"Uish Joan! Anggau ke tu? Sejak bila kau pandai mengelamun ni?" sergah Lorita.
"ahh bos, sorry bos. Saya bermeditasi tadi, bos nampak je mengelamun." Joan menggelabah.
"Bos kepala hotak kau. Bila kita berdua je tak payah la nak berbos bos. Geli aku tau tak, kita dah lama berkawan." Lorita merajuk dengan kawan baiknya itu.
Lorita dan Joan berkenalan sejak dari kecil lagi. Mereka merupakan teman satu sekolah, satu universiti dan akhirnya rakan sekerja. Hanya disebabkan pengalaman Lorita yang banyak kerana dia sering bersama ayahnya di syarikat, Lorita dilantik sebagai Pegawai Pemasaran Paradise. Dia memang cekap dan proaktif dalam melakukan tugas yang diberi. Pada zaman pelajar dahulu, Lorita juga merupakan dekan universiti.
"Alaa, itu pun nak terasa, dah kau ni, tiber je sergah orang dah kenapa?" Joan menarik ringan rambut Lorita. Dia terus menutup rambutnya khuatir Lorita membalas semula. Lorita geram dan menarik kerusi Joan sehingga Joan hampir terjatuh. Mereka gelak bersama-sama.
**
"Hua, dah lama kita tidak jenguk kubur ayah. Adik beradik Hua pun dah lama tidak berkumpul. Kita buat reunion nak tak?" Benjamin menyuarakan pandangan kepada isterinya. Dia melipat surat khabar yang dibaca tadi dan meletakkannya di atas meja.
"Hua bukan apa papa, Hua masih terasa hati dengan adik-beradik yang lain. Bila ayah sudah meninggal, mereka datang untuk harta. Bila peguam yang diamanahkan untuk pembahagian harta datang, mereka dari pelusuk dunia pun sanggup datang. Tetapi, kalau papa berniat nak mengeratkan hubungan silaturahim keluarga Tai, Hua ikut papa je la." Tai Xiao Hua meluahkan isi hatinya.
"Abang Hua yang sulung, Wei Ming pun dah lama tidak berhubung. Dia mati-mati tak nak ambil alih syarikat dan rumah ni. Dia cuma nak duit insurans ayah 60% dan dia pernah beritahu dia nak mulakan hidup baru di US dengan anak bininya." sambung Tai Xiao Hua sambil mengeluh.
"Mama, I found Ah Kang's facebook." Lorita menjerit dari jauh.
Wei Kang adalah anak kepada Wei Ming dan Irene. Jarak umur Wei Kang dan Lorita adalah 3 tahun, mereka sangat rapat. Mereka berpisah setelah urusan hartanah selesai dan keluarga Wei Kang berpindah ke US.
"Betul ke? PM la dia, ajak reunion bersama keluarga Tai yang lain." Benjamin bersuara.
"Dah mesej dalam Facebook Messenger Ah Kang, tunggu dia reply je lagi." Lorita tersenyum gembira. Dia rindu dengan saudara lelakinya itu.
**
Secara rahsia, Fendi masih berhubung dengan Qasmah. Qasmah percaya bahawa Fendi tidak bersalah. Dia kenal peribadi Fendi. Qasmah juga mengesyaki itu perbuatan salah seorang anak Encik Tai. Dia memilih kekal kerja di situ kerana Fendi merayu untuk terus menjadi mata dan telinga dia dalam rumah itu.
Perbualan anak beranak mengenai reunion (Keluarga Tai akan berkumpul semuanya) telah didengari Qasmah. Dia merasakan itu satu peluang yang baik untuk mengetahui dalang pembunuhan yang sebenarnya.
Qasmah menghubungi Fendi untuk melaporkan apa yang baru dia dengar itu.
Fendi mengenggam tangannya apabila mendengar keluarga Tai akan berkumpul semula. Dia tahu Encik Benjamin tidak cam wajahnya semasa kerja di syarikat Paradise kerana Fendi semakin berusia dan wajahnya berubah sedikit.
Dia merasakan dia harus merancang sesuatu. Sesuatu yang dalang itu tidak mungkin akan jangka.
"Dendam aku belum padam, aku pasti akan mendapatkan kau, celaka!"
_bersambung_
No comments:
Post a Comment