Wednesday, 1 January 2020

Aku Ingin Kembali Part 5


Deringan telefon bimbit Jessica membuat dia terkejut. Nama yang muncul di skrin adalah teman lelakinya,  Naufal. Dia adalah seorang muslim. 

Jessica mengangkat panggilan telefon dan sengaja mendiamkan diri. 

"Hello, Ika. Jom jumpa sekejap kat KFC, boleh makan sekali" Naufal terus bersuara setelah talian disambungkan. 

Jessica hanya mengiyakan sahaja.  Dia tahu di mana tempat kebiasaan mereka berjumpa dengan satu sama lain. 


*

Jessica membuka pintu KFC CS Mall dan matanya meliar mencari Naufal.  Akhirnya dia melihat lambaian tangan Naufal dari jauh dan dia menuju ke arah situ. 

"Nahh, abang dah order 2 ketul ayam dan mashed potato untuk awak" Naufal tersenyum lebar.

"Tak payah nak berabang-abang la, geli dengar. Ni bau rokok lagi.  Merokok itu memudaratkan kesihatan tahu tak,  haram hukumnya. Kerajaan Brunei siap haramkan lagi penjualan rokok di Brunei! " Jessica menampar lembut pipi Naufal dengan beg tangannya. 

"Alaaa,  itu Brunei bukan Malaysia. Naufal tengok tak mati pun para penghisap rokok.  Hidup lama je." Naufal menjawab hujah Jessica. 

"Dah la malas nak bahas. Tukar topik lain.   Nak tanya sikit bole?" Jessica mengajukan soalan setelah dia melabuhkan punggungnya. 

"Ayam ke telur keluar dulu" muka Jessica serius.

Naufal tergelak mendengar soalan Jessica. 

"Soalan KBAT mana la awak dapat ni? " Naufal mengelap air mata yang keluar.

"Takda la,  lama dah saya dok perhati,  Naufal sibuk betul musim mengundi,  ke hulu hilir macam dia lak yang YB.  Bulan ni genap setahun tau awak tanam anggur je kat rumah. Macam mana nak bela anak orang,  bukan Ika ni anak patung!
Hujung minggu awak lepak dengan kawan awak, guna la peluang itu cari kerja " Jessica menarik muka. 

"Tak percaya ke dengan rezeki Allah?  Ada la tu nanti" Naufal memujuk. Dia seperti tak kisah dia lama menganggur.

"Saya tak kisah Naufal nak kerja kat kedai 7E ke,  Speedmart ke, yang penting halal.  Saya tahu awak nak kerja bidang awak minat, tapi sementara tu kerja la mana-mana dulu. Awak langsung tak ada duit simpanan." Jessica meluahkan segalanya. Dia telah lama sabar dengan sikap ambil mudah Naufal.  Dia merasakan Naufal tidak serius dalam hubungan mereka. 

"Saya belajar tinggi-tinggi, kau nak aku kerja biasa?! " Naufal mula meninggikan suara. 

Jessica terkejut mendengar kata-kata Naufal. Air mata dia mula mengalir.  Niat dia ingin menegur lelaki yang dia anggap bakal menjadi imam dia disalaherti. 

"Kalau awak dah tak serius,  lepaskan saya.  Saya minta diri.  Cukup 3 tahun saya sabar dengan awak. Selamat tinggal!" Jessica mencapai seketul ayam goreng dan lekas bangkit dari kerusi dan meninggalkan restaurant KFC itu. 

"Merajuk pula dia,  sempat nak cekau seketul ayam.  Jessica dan ayam berpisah tiada. " Naufal bermonolog. Dia malas nak mengejar Jessica kerana dia merasakan Jessica akan tenang sendiri.

*

Jessica mengelap air matanya.  Dia menoleh ke belakang.  Tiada kelibat Naufal mengejar dia. 

"Kau silap besar Naufal,  kali ini aku memang takkan patah balik dengan kau.  Kau degil.  Payah nak diurus." Jessica menggenggam jarinya dan menumbuk dinding di mall itu. 

Bunyi whatsapp masuk berturut-turut membuat Jessica bertambah geram. 

Dia mencapai telefon bimbitnya dan membuka applikasi whatsapp.

Hi,  awak Jessica kan? Nak berkenalan boleh? 

"Eh,  time aku panas,  dia sibuk nak kenal pulak,  ni jolok sarang lebah ni" Jari jemari Jessica laju menaip mesej. 

Siapa ni?  Dapat nombor saya daripada mana? 

Usai sudah dia membalas mesej itu,  Jessica menekan profile picture whatsapp lelaki berkenaan.

Aku tak kenal dia ni,  tak pernah nampak sebelum ni.

Mesej Whatsapp masuk sekali lagi. 

Nama saya David.  Saya dapat nombor awak daripada cousin saya. 

Jessica terus menanyakan soalan dan tanpa dia sedar dia leka whatsapp dengan David.  Dia merasakan David ikhlas untuk berkawan. Ada sesuatu mengenai David yang misteri menyebabkan dia tertarik untuk terus berhubung dengannya. 


_bersambung_




No comments:

Post a Comment