Wednesday, 1 January 2020

Aku Ingin Kembali Part 4

#Part 4a

Kata-kata Mak Zu sebelum dia balik setelah menghantar Aliya terngiang-ngiang dalam ingatan Jessica.

"Mak ada kawan,  boleh ajar dan temankan Ika pergi kelas agama.  Nama dia Puan Lucy.  Dia pun mualaf macam Ika."

Jessica mengeluh kuat.  Dia tidak tahu keputusan dia adalah tepat atau tidak.  Sejak awal lagi dia tidak berasa sedap hati, tetapi dia beranikan diri juga akhirnya. 

Pintu kereta dibuka,  Jessica melangkah keluar dan berdiri seketika untuk melihat bangunan di hadapannya. Dia disambut wanita berumur akhir 40-an, raut wajah seperti berbangsa Cina.

"Awak Jessica?  Nama saya Lucy.  Zu ada cerita tentang Jessica pada saya." Pantas tangan mereka bersalaman. 

Lucy membawa Jessica masuk ke dalam dan memberi orientasi mengenai pusat berkenaan.  Ramai saudara baru (mualaf) berbangsa Cina,  Indonesia,  Kemboja, Borneo datang ke sana.


*


Beberapa bulan setelah Jessica menyertai pusat itu,  dia merasakan dia tidak memperoleh ketenangan dan kasih Tuhan.  Di sana,  dia diajar takut kepada Tuhan dan tidak ada kepastian tentang keselamatan dan kehidupan yang kekal,   dan tidak mengajar tentang erti mengasihi dan mengampuni sesama manusia.  Dia rasa kecil hati apabil ustaz mengatakan yang tidak percaya pada Islam adalah kafir.  Kafir akan berada di neraka buat selama-lamanya. Fikirannya terdetik,  adakah keluargaku akan berada di neraka?

Semakin Jessica mendalami al Quran,  semakin dia rasa tiada doktrin yang menunjukkan kasih Tuhan yang indah. Sekiranya orang yang tidak beriman kepada Allah digelar sebagai musuh Allah dan Allah akan memisahkan antara kamu dan keluarga kamu yang tidak beriman. Selain itu,  di Syurga Islam adanya sungai arak yang tidak memabukkan, terdapatnya malaikat wanita buat para lelaki untuk berasmara.  Semua itu baginya sungguh tidak logik dek akal.


*


#Part 4b

"Selamat Hari Raya semua, nanti jangan lupa ambil duit raya dan barangan dapur ya,  semua ini diberi kepada kamu semua yang datang pada hari ini" Urus setia mengumumkan perkara itu pada sehari sebelum raya. 

Wajah yang jarang datang ke kelas pun ada, berpusu-pusu mengambil bahagian masing-masing. Kebanyakkan mereka memeluk agama Islam disebabkan mereka memerlukan bantuan kewangan. Hal itu membuat Jessica teringat pada kisah seorang mualaf lelaki yang kena marah dengan ustaz kerana sering meminta wang daripada pusat berkenaan.  Ustaz pernah menceritakan bahawa mualaf itu memberi alasan bahawa ahli keluarganya sakit.

"Kejap nenek,  kejap ibu,  kejap anak yang sakit, saya pun pening mahu percaya atau tidak. Memang ada mualaf yang mengambil kesempatan untuk mendapat wang sebelum ini. " Ustaz meluahkan isi hatinya.

Jessica juga teringat pada rakannya yang dilahirkan Islam,  dia pulang dengan tangan kosong dan muka yang tebal setelah dia berusaha meminta wang untuk yuran pembelajaran, sehingga rakan dia itu menjual dadah kerana sukar mendapatkan bantuan kewangan daripada sumber yang sepatutnya. 

Monyet di hutan disusukan,  bayi di rumah mati kelaparan. 


#Part 4c
Setelah sekian lama,  Jessica membuat keputusan untuk tidak datang lagi ke kelas.  Ustaz Ali mula menghubungi Jessica untuk mendapatkan khabar. Mereka memilih untuk bertemu di sebuah restaurant makanan segera.

"Ika,  saya dengar Ika dah tak datang lagi ke kelas." ayat Ustaz Ali menusuk ke jantung.

"Saya sibuk dan tidak ada masa lagi" Jessica berdalih. 

"Saya berkongsi dengan kamu,  tapi kamu simpan sendiri ya.  Ada sesetengah jabatan mementingkan kuantiti, jumlah yang memeluk Islam sahaja,  tapi kualiti?  Mualaf tidak dijaga dengan betul,  dan sebelum memilih untuk memeluk Islam,  mereka tidak diterangkan dengan jelas mengenai Islam dan diberi masa untuk berfikir masak-masak.  Hal ini menyebabkan ramai mualaf rasa tertipu dan kehidupan mereka tidak terbela setelah memeluk islam dan menyebabkan mereka kembali ke agama asal" raut wajah Ustaz Ali berkerut. 

Jessica memilih untuk berdiam,  dan dia merasakan itu adalah benar belaka.

_bersambung_

No comments:

Post a Comment