Masa kini
Jessica mengemas rumahnya kerana ada rakan sekerjanya yang baru akan tinggal bersamanya. Jessica sangat gembira kerana akhirnya dia tidak tinggal bersendirian di rumah semi detached yang agak besar itu.
Dia melihat jam dalam telefon bimbitnya.
"Masih pukul 1.26pm, katanya datang pukul 3pm. Nasib baik hari ini hari Sabtu, kebetulan hari cuti." kata Jessica dalam hatinya.
Dia membuka grill pintu belakang, kelihatan sayur-sayuran hijau tumbuh dengan suburnya. Walaupun Jessica anak kota, dia amat gemar menanam sayur kegemaran iaitu pucuk ubi dan kangkung. Pokok ulam raja tumbuh meliar tetapi tidak pernah dipetiknya kerana dia tidak suka makan ulam.
"Helo, ada orang tak?" sapa suara yang tidak Jessica kenal. Dia bergegas ke ruangan depan dan dia terkejut melihat 2 buah kereta datang dan parking di hadapan rumahnya itu.
"Awak Jessica ke? " tanya seorang gadis berumur dalam lingkungan 20an itu.
"Ya saya." Jessica menyambut salam yang dihulurkan gadis muda itu.
"Saya Aliya, sayalah rakan sekerja baru awak. Saya akan lapor diri minggu depan. Haaa, ini keluarga kandung saya, ini keluarga angkat saya" Aliya menunjuk satu per satu keluarganya sambil tersenyum ke arah Jessica.
"Ramainya keluarga awak!"
Jessica agak kagum dengan kesanggupan keluarganya datang dari jauh untuk Aliya.
*
Riuh rendah dan gelak ketawa mengisi rumah itu. Wajah gembira terpancar pada Jessica.
"Mak cik asal dari Pontian, Johor ya, macam mana boleh kenal dengan Aliya?" Jessica mengajukan soalan.
"Panggil Mak Zu je. Aliya dulu menetap di Pontian sewaktu dia sekolah menengah. Keluarga dia berpindah dari Terengganu. Mak berkenan dengan dia sebab dia anak yang baik. Dia umpama menyambung legasi mak dalam bidang kerja mak." Mak angkat Aliya, Mak Zu menyambung ceritanya.
"Awak pun boleh jadi anak Mak Zu" Aliya menepuk lembut Jessica.
"Maaflah mak bertanya. Anak ni agama apa ya? " Mak Zu bertanya sambil merenung Jessica.
Jessica terdiam, dan lidahnya kelu.
"Saya minat Islam" Sahutnya pendek.
"Dah ada pakwe ke?" semua yang ada di sana tersengih mendengar soalan Mak Zu.
"Dah ada, tapi belum kerja lagi." Jessica acuh tak acuh menjawab soalan Mak Zu.
*
"Jauh termenung?" Mia menegur Jessica yang sepertinya tidak berpijak di bumi yang nyata itu.
"Aku terfikir bila kawan baik aku ini kahwin, garang macam singa, siapa lah yang hendak." Jessica tersengih seperti kerang busuk.
Mia terus mencebikkan mukanya.
"Ye la, aku je yang garang, kau baik" Mia mencubit lengan Jessica.
"Adduuhhh! Sakit la. Kurang saham aku nanti." Jessica menepis lembut jari Mia.
"Dengar cerita, Aliya budak baru tu duduk satu rumah dengan kau, betul ke?" Mia menjenguk ke luar takut ada yang mendengar.
"Iya, dia orang Terengganu tapi dah lama menetap kat Johor ni haa. Oh iya, mak angkat dia, Mak Zu ada bagi aku tudung dan baju labuh. Katanya cantik kalau aku pakai." bisik Jessica dengan suara yang kecil.
"Pe sal kau tetiba berbisik ni oii!" Mia hairan.
"Sebab kau dengan leher zifarah kau tu menjenguk ke luar bilik macam kita ni tengah membawang ja, jadi aku bisik la." Jessica berloyar buruk dengan rakan baiknya.
Mia menjeling geram melihat Jessica kerana ada-ada saja dengan telatah otak masuk air dia tu.
_bersambung_

No comments:
Post a Comment