Trigger Warning! Hanya untuk para pembaca yang berfikiran terbuka sahaja.
Tuesday, 31 December 2019
Aku Ingin Kembali Part 1
Jam di dinding menunjukkan pukul 4.50pm.
"Ah, sepuluh minit lagi dah boleh balik" bisik hati Jessica. Tangannya lincah mengemaskan fail dan kertas di atas meja office. Dia merasakan tidak sabar mahu pulang ke rumah.
Dia keluar dari office dan menuju ke arah kereta setelah selesai thumbprint. Jessica mengeluh kerana tidak tahu apa yang dia harus lakukan. Mungkin lebih baik saya tidur saja, dia bermonolog lagi.
Jessica merupanya anak kelahiran Borneo dan telah tinggal di Tanah Malaya selama 5 tahun. Dia hidup seorang diri tanpa keluarga di sisi demi mencari rezeki di bumi orang. Semua ahli keluarganya berada di tanah Borneo.
"Hey Ika, tunggu saya kejap! " kelibat Mia muncul berlari anak- anak mengejar Jessica. Tercunggap-cunggap Mia setelah berada di depan Jessica.
"Dah solat asar belum? Ingat nak ajak ke Melaka lepas ni, jommm! Lagipun esok cuti, boleh la Ika sambung tidur, hari ini teman la saya" sambung Mia lagi.
Jessica senyum memandang Mia. Panggilan Ika cuma digunakan orang yang tahu dia telah memeluk agama Islam 2015 dahulu. Walaubagaimanapun Jessica merahsiakan perkara ini daripada keluarganya sendiri atas sebab tertentu.
"Kau ni kalau tak berjalan, tak sah kan. Mentang-mentang hari ini gaji. " Jessica melihat jam tangannya dan menarik tangan Mia.
"Jom solat kat surau dulu" kata Jessica tanda bersetuju.
Setelah selesai solat 4 rakaat, Jessica mengaminkan doa. Usai sudah solat, Mia membetulkan tudungnya, dan Jessica menyisir rapi rambutnya yang panjang.
"Ika, sampai bila Ika nak berahsia mengenai Islam?" Mia menoleh pada Jessica.
Jessica mengangkat bahunya dan menepuk bahu Mia.
"Saya minat Islam, saya sayang keluarga saya, saya tersepit. Saya follow the flow je la Mia"
Mia mendiamkan diri, dan dia memandang sayu pada Jessica. Mia berharap agar Jessica diberikan taufik dan hidayah dalam kehidupannya.
Mereka bersiap sedia dan Mia menaiki kereta Jessica, mereka menuju ke destinasi dalam keadaan yang seronok.
_bersambung_
Tuhan itu wujud! Tuhan Yesus itu benar!
Aku ingin kembali padamu Tuhan, ampunkan aku, terimalah aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment