Tuesday, 31 December 2019

Aku Ingin Kembali Part 2



5 tahun lepas

#Part 2a

"Eh Jessica,  jom la datang bilik kitaorang pukul 7.30pm nanti.  Exam akhir tahun baru je habis kan,  lepak la kejap." Syafiqah memujuk Jessica.

"Bilik korang ada apa?" Jessica tertanya-tanya.

"Ada kakak usrah* (kumpulan agama yang kecil),  dia menyelinap masuk dalam kolej kita,  malam ni dia tidur dengan kitaorang. Kau pun minat kan nak belajar mengenai Islam. Datang eh,  saya balik bilik dulu,  assalamualaikum!  Eh bye" kata Syafiqah dalam nada gurauan.

Jessica menganggukkan kepala namun dia tidak mengeluarkan kata-kata.

Dia menuju ke bilik asramanya sendiri dan membuka pintu secara perlahan. Jessica melihat rakan sebilik merangkap rakan satu program iaitu Anna tengah menghadap laptop melayan show korea Running Man.

"Baru balik?  Tadi pergi mana?" Anna paused show RM dan memalingkan badannya ke arah Jessica.

Jessica tergelak kecil,  telatah Anna umpama baby sitter bagi dia.
"Borak kejap dengan Syafiqah tadi."
"Ni dah makan ke belum?"
 Jessica membuka almari dan mengeluarkan sachet milo dan menjerang air panas.

Anna mengangguk kepalanya dan sambung melayan RM. Sekali sekala kedengaran suara Anna gelak melihat aksi artis korea RM.

Masa berlalu dengan pantas.
Jessica melihat jam menunjukkan pukul 7.25pm. Dia segera bangun dari katil bujang asrama dan bersiap.

"Eh baru balik,  nak keluar balik? " Anna bertanya lagi pada Jessica. Dia agak hairan dengan perilaku rakan sebiliknya itu.

"Auuuukk" kata Jessica dalam bahasa Borneo dan gelak kecil.  Haaa kan betul baby sitter aku dah tanya, bisik Jessica dalam hati lagi.

Setiba di bilik Syafiqah,  pintu diketuk dan ada kelibat rakan rakan Syafiqah yang lain di situ.  Semua kelibat itu dikenali kecuali satu.  Dia bertudung labuh,  dia memakai purdah berwarna hitam, suaranya lembut tetapi tegas.  Jessica mengagak bahawa itulah kakak usrah yang dikatakan oleh Syafiqah petang tadi.

Mata itu memandang tepat ke arah Jessica.

_bersambung_


#Part 2b

"Masuklah" kata suara itu.
"Nama kakak, Hanem,  awak Jessica,bukan?" Mata itu memandang Jessica dengan tepat, sukar dijangka kakak itu tersenyum ataupun tidak.  Pada masa itu,  itu lah kali pertama Jessica bersemuka dengan orang berpurdah.  Dia agak gugup tetapi dia mengiyakan juga.

"Kak Hanem nak awak tahu,  ramai mualaf yang reverted (istilah convert tidak dipakai kerana semua orang di dunia adalah Islam dari mula lagi, tetapi disebabkan dilahirkan dalam keluarga bukan Islam,  menganut agama lain.  Jadi sekiranya mualaf itu memeluk Islam,  dia adalah kembali kepada agama asal)." Jelas Hanem sambil menanggalkan purdahnya.

"Awak bertuah kerana antara yang diberi hidayah oleh Allah, awak masih boleh bersama keluarga awak,  hanya kepercayaan berlainan dan tidak makan yang Allah tidak benarkan.  Awak still boleh makan semeja bersama keluarga awak" Kak Hanem memegang tangan Jessica.
Rakan- rakan Syafiqah yang lain mengambil tempat duduk membentuk bulatan,  mereka memasang telinga dan khusyuk mendengar penjelasan Kak Hanem.

Mata Jessica mula berkaca.  Dia sangat minat mendalami Islam tetapi betapa sayangnya dia pada keluarga.  Dia takut untuk mengorak langkah.  Dia tahu keluarganya pasti akan menentang keputusannya.

"Kak Hanem nak kenalkan awak pada muslimah yang telah lama memeluk Islam.  Dia seorang doktor dan berjaya pada saat ini." Syafiqah mencelah.  Dia juga ingin mendapat pahala dan berasa senang jika dapat mengislamkan orang lain.


Beberapa hari kemudian..
Ketenangan Jessica setelah memeluk Islam tidak kekal lama. Saat dia diislamkan,  dia merasakan seperti dipukau.
Sejujurnya Jessica tidak bersedia untuk diislamkan,  Jessica masih teragak-agak.  Dia ragu dengan keputusan itu.  Dia berasa tidak sedap hati setelah dia mengucapkan dua kalimah syahadah.

Dia diajar membaca doa, cara solat, dia perlu mengikuti kelas Fardu Ain,  dia dihibahkan (hadiah)  sejadah dan telekung. Jessica juga sering mengikuti ceramah agama.

Anna perasan perubahan tingkahlaku Jessica. Awal pagi Jessica akan hilang dari bilik,  dan pulang ke bilik semula sebelum kelas bermula. Jessica sudah jarang ada di bilik.  Anna mendiamkan diri saja kerana menganggap itu mungkin bersifat sementara.

Kehidupan Jessica berubah secara total. Dia aktif dalam mendalami Islam bersama Syafiqah dan rakan-rakan muslimah yang lain.

Setelah tamat pengajian, Jessica pulang ke Borneo untuk mencari peluang pekerjaan serta menunggu panggilan untuk bekerja.  Kehidupan rohani Jessica mula terumbang ambing,  kepercayaannya pada Tuhan mula berkurangan. Syafiqah dan rakan-rakan yang lain tidak mengambil peduli pada dia lagi. Jessica tidak dianggap seperti rakan karib dan dia sedar apabila dia tidak ada dalam group Whatsapp mereka. Jessica mula rasa tertipu.

_bersambung_


#Part 2c

Nasib Jessica tidak berhenti di situ sahaja. Dia mendapat tawaran bekerja di Tanah Malaya. Dia harus belajar hidup sendiri. Jessica menangis kerana mengenangkan situasinya.

"Kalau Tuhan itu wujud,  kenapa Tuhan uji sampai tahap ni sekali?" monolog Jessica lalu menarik selimutnya dan terlelap usai menangis.

*

"Sudah simpan semua barang dalam beg?  Tengah hari nanti dah nak flight kita" Mama Jessica mengingatkan satu-satunya anak dara dia.

"Sudah ma,  nanti singgah kat Emart boleh?  Nak bawa roti pong ke sana" Jessica terus memeluk tangan mamanya.

Mama Jessica mengusap rambut Jessica dengan lembut,  hatinya gembira kerana anaknya dapat kerja yang baik tetap dia sebak kerana anaknya itu akan pergi jauh.  Ibu mana yang tidak sedih berjauhan dengan anak-anak. Kucupan seorang ibu di dahi Jessica amat menghangatkan.

"Boleh, dengan supermarket Emart itu mama izinkan awak bawa ke Tanah Malaya" Mama Jessica berseloroh dengan anaknya. Jessica ketawa mendengar gurauan itu.

Suara berdehem menyebabkan kedua-dua mereka berpaling.

"Dah jom. Kita dah kena gerak ni." Papa Jessica mengangkat beg Jessica yang terletak di depan pintu.

*

Setiba mereka di airport,  mereka segera menuju ke balai berlepas. Setelah selesai urusan sebelum mereka berlepas ke Tanah Malaya,  ibubapa Jessica mengambil tempat duduk untuk menunggu panggilan masuk ke dalam kapal terbang.

Papa Jessica mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi adik Jessica yang tidak turut serta kerana masih belajar pada saat itu.

Jessica menunjuk ke arah cermin airport dan mengucapkan selamat tinggal pada tanah air tercinta.
"Selamat tinggal Borneo,  aku akan datang lagi" Hati Jessica menjadi sayu.

_bersambung_

No comments:

Post a Comment