Friday, 17 January 2020

Dendam Kesumat 2

Images may be subjected to copyright.

#dendamkesumat

Jam berdenting 7 kali sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Lorita mengemas ruangan tidur dengan rapi. Ibu Lorita, Puan Tai Xiao Hua (Anak kedua mendiang Encik Tai) mengetuk bilik Lorita dan masuk beberapa saat kemudian.

"Ibu dah suruh Qasmah sediakan bekal light breakfast untuk cece." (panggilan kakak dalam mandarin)

Ibu Lorita melabuhkan punggungnya atas kerusi ruangan study anaknya. Dia melihat gelagat anaknya. Lincah melakukan semua perkara. Lorita anak yang mendengar kata dan sangat berdikari. Lorita tidak dapat merasakan kasih sayang daripada mendiang atuknya kerana dia masih dalam kandungan ketika atuknya meninggal dunia.

"Terima kasih ma, jom turun. Lorita dah nak gerak. Lorita drive sendiri la, segan nak naik kereta dengan uncle Will (pemandu peribadi keluarga Tai).

Lorita memegang tangan ibunya dan membawa dia turun ke ruang dapur di tingkat bawah. Lorita sempat memberi ciuman di pipi ibunya dan mengucapkan terima kasih pada mak Qasmah kerana menyediakan sarapan. Dia terus memecut pergi daripada perkarangan rumah.



**



Setiba di sana, ayahnya Encik Benjamin selaku Pengarah syarikat Paradise menegur Lorita. Encik Benjamin merupakan seorang yang amat berdedikasi dalam melakukan tugas, dia sering datang awal ke tempat mereka kerana ingin menunjukkan contoh yang baik kepada pekerja lain. Pemandu peribadi khas, Encik Abu sudah masak dengan perangai Encik Benjamin. Seawal 6.30 pagi mereka sudah bergerak ke syarikat.

"Kenapa lambat sampai, tak naik dengan uncle Will ke pagi ni? Morning Devotion dah nak mula.

"Maaf pa, tadi Lorita drive sendiri, nanti Lorita lupa cara nak bawa kereta, guna gear reverse untuk drive, papa nak tak?" Lorita tersengih seperti kerang busuk.

"Patutlah lambat sampai, supir bernama Lorita yang bawa." Benjamin berseloroh.

"Papa ni, nak kata Lorita bawa kereta lambat macam kura-kura la ni." Lorita menarik muncung mulutnya 

"Lorita sendiri yang cakap aa, dah la, jom! Dah boleh mula Morning Devotion." Benjamin memegang bahu anaknya dan mereka menuju ke bilik mesyuarat.

Syarikat Paradise sangat menjaga prestasi pekerja serta rohani mereka. Setiap pagi yang beragama Kristian akan meluangkan masa untuk berdoa kepada Tuhan Yesus, manakala agama lain akan ada ketua mereka sendiri untuk mengetuai pembacaan doa dan perkongsian agama mengikut kepercayaan masing-masing dalam masa 30 minit.

Tanpa Benjamin dan Lorita sedari, kearkaban kedua-dua anak beranak itu menjengkelkan bagi Fendi yang memerhati dari jauh. 




**



Ros memotong bawang dan memerap daging dengan serbuk kunyit di dapur. Raungan dua orang cucunya membuat dia tidak tenang. Dia meninggalkan kerjanya buat sementara waktu.

"DINA! AKIF! Jangan sampai atuk ma panggil nama penuh korang!" Ros membesarkan suaranya mengharapkan cucunya berhenti bising.

"Tok ma, Akif kacau Dina! Akif tarik rambut Dina" Mata Dina berkaca mengadu dia dibuli abangnya. 

"Akif Qusairy bin Johan! Kenapa buli adik?" Mata Ros membulat besar memandang Akif.

"Akif tak bersalah, yang bersalah tangan Akif, sengaja nak pukul Dina sebab Dina tak nak kongsi pensil warna dengan Akif. Akif menundukkan kepalanya.

"Eh eleh, mai sini Tok ma pukul tangan Akif tu"

"Jangan tok ma, nanti Akif yang sakit."

Ros menahan gelaknya. Budak kecil ada saja alasan untuk mengelak daripada kena marah.

"Dina, Dina kena belajar kongsi dengan Akif. Nanti Akif boleh kongsi mainan dengan Dina juga. Dina kan suka main beyblade dengan abang Akif. Nanti abang Akif dah tak nak kongsi macam mana?" Ros melutut dan bercakap lemah lembut dengan Dina.

Dina mengangguk kepalanya dan mengajak abangnya untuk kembali ke ruang tamu. Dia sudi berkongsi alat tulis dengan Akif.


Ros menyambung kerjanya semula. Ingatannya pada Fendi segar kembali.
"Abang, kalau abang nak tahu, anak kita Johan dah besar, dah ada anak bini pada umur ini. Bini pun kerja baik-baik. Ros jaga cucu kita. Juliana pun dah berjaya, sambung belajar di universiti. Ros rindu abang.

Bukan kehendak Ros untuk menfailkan penceraian dahulu. Ros dipaksa oleh keluarganya. Alasan yang digunakan adalah untuk kebaikan anak-anak.

Ros menangis sekuat hati apabila Fendi disabitkan kesalahan dan dipenjarakan untuk jangka masa yang lama.

"Kau nak digantung tak bertali ke? Anak-anak kau siapa nak bela, Fendi dah masuk penjara, entah keluar entah tidak, kau minta cerai la dik oii" Ayat berbisa keluar daripada mulut kakaknya Rokiah. Keluarga yang lain berdiam diri, mereka seperti menyokong penyataan yang dikeluarkan Rokiah.

"Ros kahwin baru je la nanti, ada juga lelaki boleh bela Ros dan anak Ros Johan dan Juliana tu." Ibu mereka akhirnya bersuara.

"Kenapa semua orang bersikap seperti ini? Abang Fendi tidak bersalah, saya kenal dia. Keluarga Tai baik dengan abang Fendi, tak mungkin dia tergamak membunuh Encik Tai!"

"Saya akan bercerai dengan Fendi, tetapi saya akan buktikan saya boleh menyara anak-anak saya tanpa berkahwin lagi, saya cintakan abang Fendi, dan saya tidak akan mengkhianati hubungan kami!" Ros mengesat air matanya dan beredar dari situ. Dia kesal dengan pemikiran kolot keluarganya.


_bersambung_

No comments:

Post a Comment